Sunday, October 16, 2011

SAINS,MATHEMATIK KE BAHASA MELAYU -BENGKEK BETUL AKU


16/10/2011- 06:42pm

Salam.

Bertahun-tahun ramai pelajar Melayu dalam kekeliruan akhirnya 2 matapelajaran ini ditukar balik ke Bahasa Malaysia. Ramai murid jadi jadi keliru (termasuklah anak den)...dulu Bahasa Malaysia, pas tu tukar Bahasa Inggeris Pasnie pi balik Bahasa Malaysia...apalah punya .......apa nak buat. Pas nie tukar Bahasa Jawa plak....apa pun cuba fikirkan, mathematik tu dalam kehidupan seharian cuma pakai untuk kira gaji,akaun dan masa shopping jer (kebanyakkanlah),sains lak guna masa memasak,pasang alat letrik dan kahwin....hehe. Asoh (Makcik) yang tak sekolah pun boleh pergi USA , tak payah pandai bahasa Inggeris...kenapalah tak gunakan ajer bahasa kita sampai kiamat...pada yang nak jadi Professor,ahli sains kental tu ..pandai2lah diaorang belajar bahasa Inggeris. Sebenarnya aku marah fasal apa kerajaan suka2 buat sesuatu yang aku dah lama fikir ia tak berapa relevan padahal aku bukan sekolah tinggi sangat. My English also not so bad.Lain kali buat biarlah betul2, agaknya berapalah kerugian kempen sana sini tu.....lantakler..pas nie undi PASlah..haha

_________________________________

TPM: Sains, Matematik ke bahasa Melayu langkah tepat



MUHYIDDIN Yassin dan Mohamad Hasan bersama sebahagian kanak-kanak terlibat aktiviti sukan menunjukkan isyarat 1Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.



SEREMBAN 15 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan peralihan pembelajaran subjek Sains dan Matematik daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu sebagai satu langkah tepat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu seiring dengan usaha kerajaan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini.
"Keputusan ini dibuat selepas mengambil pandangan semua pihak dan majoriti rakyat mahukan kedua-dua mata pelajaran berkenaan diajar dalam bahasa Melayu.
"Kita juga mendapati peratusan golongan yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah terlalu kecil," katanya menjawab satu soalan pada Majlis Dialog Warga Pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGRM) di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Razak Mansor; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud dan Pengarah IPGRM, Musa Abdullah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, selepas enam tahun PPSMI dilaksanakan pihak kementerian mendapati ia tidak mencapai sasaran.
Menurutnya, antara masalah yang timbul ialah bilangan pelajar yang menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar amat rendah.
"(Daripada segi guru) Kita belum mempunyai keupayaan dan kebolehan, sebagai contoh ada guru yang mahir dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mahir untuk mengajar subjek Matematik dan Sains.
"Begitu juga guru yang mahir dalam subjek Matematik dan Sains tidak pula mempunyai kepakaran mengajar kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris," jelas beliau.
Terdahulu berucap pada majlis pelancaran Institut Perguruan Kebitaraan Sukan (IPKS) di padang IPGRM, beliau memaklumkan tiga institut perguruan iaitu Institut Perguruan Kampus Perlis, Institut Perguruan Kampus Tun Abdul Razak dan IPGRM dipilih menjadi IPKS.
Katanya, tiga kampus itu dipilih bagi memberi tumpuan dalam aspek pembudayaan sukan dalam masyarakat sekali gus memenuhi objektif dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan oleh kerajaan.
"Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan kepada institut perguruan dalam usaha memartabatkan sukan di Malaysia," katanya.


______________________________End
CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

2 comments:

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

tu la beza dulu dan sekarang...dulu sesuatu dasar jika mahu diperkenalkan perlu kajian dan dan wujudlah penyata2 tertentu seperti Penyata Razak,Penyata Rahman Talib dan lain2...hari ini dasar berubah sesuka hati hanya berdasarkan isu...kadang2 hanya berdasarkan pandangan beberapa individu tertentu dan kes2 terpencil terus nak dijadikan dasar.Yang pening, kita dan anak cucu kita yang dari golongan pertengahan dan bawah ni...yang otak gred A tu x kisahlah...buat cemanapun otak dia orang tetap bergeliga...

ASSOYFINGER67 said...

Tokan ;jangan jadikan kita bahan ujikaji dan perasaan kita buah catur dah ler...bukan semua orang mampu hantar anak mereka tuisyen...t/kasih sahabat!