Wednesday, October 26, 2011

TIKET FINAL PIALA MALAYSIA HABIS DIJUAL


26/10/2011-08:58pm

Salam.
Sold out!!!!Tiket Final Piala Malaysia habissss!


__________________________________

Penyokong Penyu hampa tiket habis dijual


2011/10/26



KUALA TERENGGANU: Ibarat pisang goreng panas, tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan habis dijual dalam masa dua jam, menyebabkan ramai penyokong skuad Penyu kecewa. 


Tinjauan mendapati penyokong Terengganu membanjiri pekarangan pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) seawal 8 pagi, namun ramai yang pulang hampa apabila dimaklumkan tiket habis kira-kira 11 pagi.
Keadaan itu turut menimbulkan kekecohan apabila beberapa penyokong tegar meluahkan rasa tidak puas hati dengan sistem penjualan tiket yang dilaksanakan PBSNT.
Sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada PBSNT bagi peminat bola sepak Terengganu menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini. 

Namun daripada jumlah itu, 20,000 diagihkan kepada 32 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan pejabat Parlimen, untuk dijual di kawasan masing-masing. 

Selain teruja untuk menyaksikan Terengganu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia dalam tempoh 10 tahun, penyokong juga mahu mengambil peluang membeli tiket pada harga diskaun yang ditawarkan kerajaan Terengganu. 

Seorang penyokong, Mohd Khairil Irwan, 26, yang hampa kerana gagal mendapatkan tiket tersebut, berkata beliau akan cuba membeli tiket itu di Stadium Shah Alam, walaupun dijual pada harga RM50. 
"Saya tidak mahu ketinggalan menyaksikan perlawanan bersejarah ini," katanya. 

Sementara Naib Yang Dipertua PBSNT, Sheikh Tajudin Sheikh Yusoff, yang dihubungi mengesahkan semua tiket habis dijual pagi tadi. 

"Yang tinggal dengan PBSNT sekarang ialah bahagian tiket untuk empat kawasan DUN lagi, jika mereka tidak mengambilnya sehingga 10 pagi esok kita akan menjualnya," katanya. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat pula berkata, masalah kekurangan tiket itu sudah dijangkakan apabila Terengganu diperuntukkan kuota 30,000 tersebut. 

Beliau bagaimanapun berjanji akan mencari jalan untuk membolehkan lebih ramai peminat bola sepak Terengganu ke Stadium Shah Alam bagi menyokong skuad Penyu yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia 10 tahun lalu. - BERNAMA


 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenyokongPenyuhampatikethabisdijual/Article
_______________Tiket habih!__End

CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!

0 comments: