Thursday, October 6, 2011

UNITED PANDANG RENDAH LIVERPOOL


06/10/2011-06:20am

Salam.
Layazzz jer...MU memang mantap!

____________________

United pandang rendah Liverpool


06/10/2011
MANCHESTER - Tanpa memandang mudah perlawanan menentang Liverpool pada 15 Oktober ini, tumpuan pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) lebih banyak terarah kepada pertemuan dengan jiran setempat, Manchester City seminggu selepas itu.
Penggendali kelahiran Scotland berusia 69 tahun itu berkata, para pemain perlu lebih bersedia menghadapi City di Old Trafford dalam pertemuan dua pasukan teratas berbanding Liverpool.
Ketika ini, kedua-dua pasukan tersebut berkongsi mata tetapi kelebihan jaringan meletakkan United sebagai pendahulu Liga Perdana England.
"Sudah banyak kali saya beritahu (tentang reputasi City musim ini). Mereka sudah menjadi pasukan yang baik dan sentiasa akan bertambah baik.
"Terutamanya Sergio Aguero yang bermain cemerlang sejak datang ke sini. Dia sentiasa menjadi ancaman besar setiap kali berada dalam kotak penalti.
"Permainan David Silva juga bagus. Jadi kami hanya perlu memastikan bahawa United sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan mereka (City) nanti," tegas Ferguson.
Selain masih belum kalah selepas tujuh perlawanan, kedua-dua kelab berjiran itu juga mencatat enam kemenangan dan satu seri setakat ini. - AFP
______________________End
CERITA BARU

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Apa2 pon MU mmg terbaeekkk..... :)

Hiddy Asri said...

Wah..ni pengurus team RAMLI ni (iklan TM)