Thursday, November 17, 2011

DUA ARTIKEL TENTANG HARITH ISKANDER-BAKAL TIMANG BABY BOY / PELAWAK ANTARABANGSA

17/11/2011-12:19am
Salam.
Harith memang berkomitmen tinggi ,moga selamat segalanya!
____________________
Harith Iskander Bakal Timang Anak Lelaki
Harith dan isteri, Jezamine sewaktu majlis pernikahan mereka pada Julai tahun lalu.
PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Harith Iskander mengakui bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim sedang hamil 6 bulan.
Bagaimanapun, Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012.
“Kadangkala saya akan mengubah sesuatu perkara itu mengikut keadaan. Jadi sebab itu saya tidak mahu lagi menetapkan nama anak saya walaupun sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai,” katanya kepada mStar Online.
Seperti pasangan lain, Harith juga sudah membuat persediaan untuk bergelar bapa dan sentiasa menjaga isteri tersayang dengan baik.
“Setiap tiga hingga empat minggu, saya akan membawa isteri membuat pemeriksaan kandungannya dan kami sudah mula membeli barangan bayi sedikit demi sedikit.
“Saya juga sentiasa menjaga isteri sewaktu dia alahan teruk semasa tiga bulan kehamilannya tetapi sekarang dia sudah tidak alahan lagi,” ujarnya tentang isteri yang sedang menyambung pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Pasangan ini diijabkabulkan pada Julai 2010.
Dalam pada itu, Harith turut memaklumkan tentang Restoran Samsaraa di Sri Hartamas miliknya dan isteri yang telah ditutup dan dijual pada empat bulan lalu.
“Kini saya sudah tidak melakukan apa-apa perniagaan dan menumpukan kepada projek filem kedua yang akan diarahkan oleh saya selepas filem Hanya Kawan.
“Selain itu, saya juga akan terlibat dalam pementasan teater Muzikal Cuci 3 dan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal 2,” ujarnya lagi.
Harith juga akan menjayakan acara stand up comedy terbesar di Asia yang dinamakan'Kings & Queen of Comedy Asia 2' di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 dan 19 November ini.
______________________
Harith Iskander Setanding Pelawak Antarabangsa
PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon terkenal Harith Iskander (gambar) sudah setanding dengan pelawak antarabangsa apabila bakal membuat persembahan dengan pelawak tersohor dari luar negara itu seperti Sugar Sammy, Paul Ogata dan Vivek Mahbubani.
  
http://starbucks87dude.blogspot.com/2011/10/kings-and-queens-of-comedy-asia-2-nov.html
Menurut Harith, dia dan pelawak-pelawak itu termasuk pelawak dan pengacara dari negara ini Joanne Kam bakal berkongsi pentas dalam acara stand up comedy terbesar di Asia yang dinamakan 'Kings & Queen of Comedy Asia 2' di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 dan 19 November ini.
“Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam acara ini. Sebelum ini, saya pernah bertemu dan membuat persembahan dengan Paul Ogata di Singapura manakala yang lain adalah kali pertama.
“Memandangkan acara ini dilakukan untuk kali kedua, saya akan memberikan kelainan dari segi idea baru yang lebih menjurus kepada kehidupan saya selepas berkahwin dan isteri sudah hamil 6 bulan.
“Saya akan membuat persembahan secara solo dan begitu juga dengan pelawak-pelawak lain dalam tempoh 20 hingga 25 minit seorang,” katanya kepada mStar Online.
Sugar Sammy popular di India dan Kanada, Paul Ogata (Jepun/ Amerika Syarikat) dan Vivek (Hong Kong).
“Saya rasa setiap persembahan komedi yang dipersembahkan tidak jauh beza daripada budaya negara ini yang lebih dekat dengan orang Asia dan sesuai dengan penonton negara ini,” ujarnya lagi.
Para peminat boleh membeli tiket secara dalam talian dengan melayari www.ticketpro.com.my dan www.airasiaredtix.com.
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/11/16/mstar_hiburan/20111115160128&sec=mstar_hiburan


Below are the details of Kings and Queens of Comedy Asia 2.

Venue:         Plenary Hall, KLCC
Date:           18th and 19th of November
Show time:   8.30 pm – 11.00 pm (2.5 hours)
Tickets:        RM 88, RM 128, RM 198, RM 298
_________________________________End
CERITA BARU