Friday, November 4, 2011

RIBUT DI KUALA KEDAH- VIDEO

04/10/2011-12:16am

Salam.
Berdoa kepada Allah agar dijauhkan bala di Malaysia nie.

__________________________________

85 keluarga hilang tempat berteduh akibat ribut di Kuala Kedah


2011/11/03

ALOR SETAR: Sebanyak 85 keluarga hilang tempat berteduh buat sementara selepas bumbung dan dinding rumah mereka diterbangkan ribut dalam kejadian di Taman Bersatu, Kuala Kedah dekat sini, hari ini. 

Ribut yang disertai hujan lebat selama beberapa minit itu bermula kira-kira jam 4.30 petang turut merosakkan 15 rumah lain. Hampir keseluruhan bumbung rumah terbabit diterbangkan angin.
Bagaimanapun, tiada mangsa kemalangan atau kecederaan susulan ribut terbabit.
Salah seorang mangsa, Mahathir Budin, berkata ketika kejadian, dia, isteri dan tiga anaknya sedang menonton televisyen di rumah. 

"Kami terkejut apabila terdengar bunyi deruan angin kuat dan pada masa sama kami melihat bumbung rumah diterbangkan angin," katanya semasa ditemui selepas kejadian itu. 

"Kami meniarap atas lantai ruang tamu rumah untuk mengelak daripada ditimpa kayu atau bumbung. Saya juga sempat melaungkan takbir dengan harapan angin kencang reda," katanya. 

Mahathir berkata, selepas keadaan reda beliau keluar dan mendapati bumbung rumahnya dan jiran, kebanyakannya diterbangkan angin serta rosak. 
Sementara itu, UMNO Kuala Kedah membuat bancian untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa ribut tersebut. 

Penyelaras UMNO Kuala Kedah, Syed Zainuzman Syed Yahaya Shahabudin, berkata semua mangsa akan ditempatkan sementara di dewan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu. 



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/85keluargahilangtempatberteduhakibatributdiKualaKedah/Article

___________________________End

0 comments: