Thursday, November 24, 2011

VOKALIS POPULAR BAWA BAS....SIKAP TERPUJI (THUMB UP)

24/11/2011-12:42pm

Salam.
Baru balik check-up kat Hospital Serdang...Baca artikel nie...
Bagi aku vokalis nie memang  patut dipuji dan tak meminta2....Doakan agar rezkinya murah..Tahniah atas bersikap wajar!

_________________________________

Dengarnya... Vokalis popular bawa bas

2011/11/24

KALAU diukur tahap populariti, vokalis sebuah kumpulan popular suatu ketika dulu masih menyengat namanya. Walaupun tiada lagi produk baru, dari segi persembahan pentas dengarnya masih kencang, cuma tidak serancak era kegemilangannya. 

Alih-alih baru-baru ini seorang teman membisikkan perihal pekerjaan terbaru penyanyi berkenaan, sebagai pemandu bas katanya. Tetapi tidak dikhabarkan pula dia menyediakan perkhidmatan apa. Bas kilang ke, bas sekolah ke atau bas lompat-lompat.
Mulanya Cik Normah tak ambil peduli dan sekadar mengiyakan. Mana tahu dia sedang berlakon ke. Iyalah, walaupun tak menyanyi, adalah sekali dua dulu wajahnya muncul sebagai pelakon.
Namun beria-ia teman tu menegaskan, sudah berpusing kepalanya mencari-cari di mana kamera atau kru produksi tetapi tak nampak pun kelibat ada penggambaran dijalankan di situ. 

Bagi Cik Normah, selagi tidak menyalahi undang-undang dan melakukan pekerjaan halal, apa salahnya dia memandu bas. Lagipun bukan dia mencuri atau mengganggu periuk nasi orang lain. 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Dengarnya___Vokalispopularbawabas/Article
_____________________eND
CERITA BARU ELLEN

0 comments: