Saturday, December 31, 2011

DAFTAR HAJI MULAI 3 JAN 2012 (PENCARUM KWSP)

30/12/2011-11:53pm
Salam.
Cita-cita yang sepatutnya mesti ada pada setiap Muslimin dan muslimat...melawat Baitullah,menunaikan rukun Islam yang ke lima.....bertaubat di depan Baitullah, agar kita sama2 mengejar impian ini!
___________________________
Anggota KWSP Boleh Daftar Haji Mulai 3 Januari 2012
Jumaat Disember 30, 2011
KUALA LUMPUR: Anggota-anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) mulai 3 Jan ini.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata di bawah Kemudahan Pendaftaran Haji Anggota KWSP, anggota boleh membuat pendaftaran mengunakan simpanan Akaun 1 di semua cawangan TH untuk mendapatkan giliran menunaikan haji.
Pendaftaran haji itu juga boleh dibuat di semua cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam seluruh negara mengikut prosedur yang ditetapkan oleh TH dan anggota KWSP hanya perlu membawa MyKad dan penyata KWSP terkini, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
"Anggota KWSP tidak perlu mengeluarkan simpanan untuk mendaftar haji. Untuk melayakkan diri membuat pendaftaran haji, anggota KWSP mestilah warganegara Malaysia atau pemastautin tetap beragama Islam.
"Mereka juga belum mencapai umur 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan di TH. Anggota yang tidak mempunyai akaun TH boleh membukanya dengan deposit minimum RM2," katanya.
Nik Affendi berkata anggota KWSP yang telah berdaftar di bawah prosedur TH sebelum ini, boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Anggota KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang diberi sebelum ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa kemudahan itu tidak mempercepatkan tarikh mengerjakan haji kerana ia ditentukan TH.
Untuk maklumat lanjut, anggota KWSP boleh melayari laman web www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my, atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000 atau Tabung Haji Contact Centre di 03-62071919. - BERNAMA
__________________________________End
CERITA BARU ELLEN

visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

1 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Mcm2 kemudahan yg ada skang ni ye.... Alhamdulillah