Wednesday, December 14, 2011

JANGAN GUNA MINYAK MASAK LEBIH DARI SEKALI

13/12/2011-11:33pm (Tertidur...delay to 14/12/2011 - 04:51am publish)
Salam....
Masalahnya bagaimana nak tahu minyak masak yang kita beli belum digunakan,dan kalau minyak masak pek 1kg tidak selamat kenapa ia dibenarkan di pasaran dan kenapa baru timbul masalah ini.....rasanya kajian telah lama dijalankan dan semua orang tahu minyak yang digunakan berulang kali akan bertambah likat dan tentulah risikonya pada kesihatan pastilah tinggi. Sebenarnya apa yang perlu ialah pemantauan di kedai2 makan oleh pihak2 berwajib...kali nie cuba check minyak masak plak...mamak tu sampai hitamlah ayam gorengnya...berapa kali guna pun tak tau..."yenadey! Bahaya tau.....bachak....apalah lu!"
__________________________
Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali
Published: Selasa Disember 13, 2011 MYT 11:10:00 AM



PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
______________________________End
CERITA BARU ELLEN

MENARIK! MESTI BACA!

2 comments:

akuzle ayu said...

kalo menguntungkan 'depa', apalah nilai kesihatan kita kan3?

Melati Qistyna's Mummy said...

Hmmm payah kalau nak pantau yg gerai makan.... Smpai legammm ohh..... Masak je la kt umah yg simple2... Huhuhu