Saturday, January 21, 2012

ALLY ISKANDAR (PERSONALITI TV3) DAN NURFARAHIN ROMLI - SAH BERGELAR SUAMI ISTERI (NIKAH) PADA 20/01/2012








21/01/2012-12:01am
Salam.
Tahniah buat Ally dan Farah..agar berkekalan hingga keakhir hayat.....agar cepat dapat anak!
_________________________
Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isteri
Jumaat Januari 20, 2012 MYT 12:33:32 PM
Ally sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli. Foto Ohbulan.com
PETALING JAYA: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.
Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.
Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.
Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan
Nurfarahin Romli
Majlis yang agak meriah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga rakan masing-masing.
Ally dan Farah ditemukan oleh ahli keluarga mereka pada hujung Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik diadakan pada bulan Syawal lepas.
Farah masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal manakala Ally adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.
Kedua-dua pasangan tersebut merupakan orang Terengganu.
Ally Iskandar sebelum ini pernah bertunang dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayumusim pertama iaitu Nur Aishah Zainal, 26, tetapi hanya bertahan selama lima bulan apabila ikatan pertunangan itu putus pada 30 Julai tahun lalu kerana tiada keserasian.

Ally Iskandar & Farah Lee
Ally Iskandar & Farah Lee Nikah
Ally Iskandar & Farah Lee
all photos from this source:(many more here!)http://www.ohbulan.com/22-foto-majlis-pernikahan-ally-iskandar-farah-lee-bagai-pinang-dibelah-dua-2/sony-dsc-1416/

_____________________________EnD
CERITA BARU ELLEN



Post Terkini Belalang






visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

1 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Cantik.... Mg kekal hingga ke akhir hay at..