Wednesday, January 18, 2012

AZWAN ALI MOHON MAAF KEPADA UMIE HAFILDA -JAN 2012

18/01/2012-09:43pm
Salam...
Menarik berita nie.....rasanya ia lebaran baru dalam hidup Azwan Ali ...Kadang2 inilah kebenaran yang selalunya lambat datang....sengaja menguji manusia!
video link:http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=D2eP5ytK1kA
__________________________
Azwan Ali Berdamai & Mohon Maaf Terhadap Umie Hafilda
 Rabu Januari 18, 2012 MYT 9:15:35 PM
Azwan Ali membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada adiknya Ummi Hafilda Ali. Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Bekas pengacara televisyen, Azwan Ali, membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada adiknya, Ummi Hafilda Ali termasuk para pemimpin politik dan artis yang selama ini tersinggung dengan mesejnya menerusi laman sosial Twitter.
Azwan turut berjanji tidak akan menghantar sebarang Twitter mengenai politik dan isu-isu semasa pada masa akan datang.
Azwan juga mengaku terpengaruh dengan hasutan daripada pelbagai sudut dan mereka yang berkepentingan politik ketika menghantar entri menerusi Twitter kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN).
Beliau turut mengaku pernah mencanangkan abangnya, Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Gombak bakal menjadi Menteri Besar Selangor.
Perkara tersebut dilakukan atas keghairahannya dengan rasa bangga apabila mendapat maklumat itu yang didakwanya diberitahu sendiri oleh ‘seseorang dalam Kerajaan Negeri Selangor’.
Ummi Hafilda dan Azwan, kedua-duanya tampil mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Rabu.
Azwan Ali
Azwan melakukan akuan bersumpah itu kerana mengakui dirinya dalam kekhilafan.
“Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan... Sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.
“Dia (Ummi Hafilda) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak,” katanya lagi.
Sementara itu Ummi Hafilda akan menarik balik laporan polis yang dibuat Azwan.
Tindakan itu diambil selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.
“Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu,” katanya.
Polis pada Jumaat lalu menahan Azwan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda.
Ummi Hafilda membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada hari yang sama yang antara lain mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui Twitter.
Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan mengenai kejadian itu.
Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.
Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari berkenaan, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.
_____________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN 



visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)


0 comments: