Thursday, January 12, 2012

MAJLIS RESEPSI EZLYNN DAN ADAM 2012

12/01/2012-08:46pm
Salam.
Moga hidup bahagia sehingga ke akhir hayat!
________________________________
Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Meriah
Majlis resepsi Ezlynn dan Adam meriah. Foto ROHAIZAT MD DARUS
KUALA LUMPUR: Majlis resepsi kedua bagi meraikan pasangan pengantin baru Ezlynn dan Adam Fahmi berlangsung dengan meriah di Hotel Crowne Plaza Mutiara, di sini, malam Rabu.
Pada majlis persandingan berkonsepkan musim luruh dengan gaya mediterranean itu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 30, kelihatan anggun dengan busana gaya moden berwarna emas rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.
Penampilan penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye itu juga lengkap dengan sepatu khas bertatahkan berlian emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski rekaan pelakon Neelofa bernilai RM20,000.
Begitu juga dengan suaminya, Adam, tampak segak bergaya dengan mengenakan sut bewarna perang rekaan Lord’s Taylor.
Suasana dewan dihiasi dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang sementara lantai dewan ditabur dengan kelopak daun pokok pine.
Acara bermula pada pukul 9 malam, pasangan mempelai tiba dengan diiiringi oleh ibu bapa masing-masing dan empat orang pengapit berserta alunan lagu klasik sepanyol.
Sepanjang berlangsungnya majlis ia dikendalikan oleh hos yang juga merupakan perunding perkahwinan, Billbora dan diserikan dengan persembahan oleh penyanyi Datin Ilyka, Fazli Zainal, Adibah Noor dan Dafi.
Ezlynn turut disaluti dengan aksesori barangan kemas daripada Rafflesia bernilai jutaan ringgit.
Sementara itu, untuk majlis potong kek, Ezlynn dan suaminya mengayakan pakaian berwarna lavendar rekaan Khoon Hooi.
Majlis perkahwinan yang ditaja oleh Rafflesia itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Rafflesia, Sin Chean Loong, Pengarah Urusan Lord's Tailor, Robert Loh dan Kenny Loh selain kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada pihak media dan selebriti.
Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah Neelofa, Dafi, Jehan Miskin, Yasmin Hani, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Memey Suhaiza, Amber Chia, Adibah Noor, Farhan, Dynas Mokhtar dan Eja.
Terdahulu Ezlynn sah bergelar isteri kepada Adam, 35, yang juga pengurusnya pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini.
___________________________EnD
CERITA BARU ELLEN  

visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Adoyai.... Apa la pesen dorg ni....

cik panadol said...

tak suke betul la bila tgk artis2 skrg ni dok kawen pakai skrit2 pendek gitu....hodoh!
nk ikut tema sgt la kononnye....