Monday, January 2, 2012

NUR EINA BARU MELANGKAH KE 17 TAHUN

02/01/2011-01:36pm

Salam.
Baru tengok budak nie semalam berlakon dalam cerekarama Jatuh Cinta Lagi.Kebetulan pula buat posting fasal dia...apapun harap maju jaya dan jaga maruah ,agama dan bangsa!

________________________________

Tutup buku lama

2012/01/02

pix_gal0
WAJAHNYA jauh matang dari usia sebenarnya yang akan menginjak 17 tahun tidak lama lagi. 

Namun sifat keanak-anakan masih menebal dalam diri gadis bernama Ainur Syakina Azman atau nama lebih dikenali Nur Eina ini.
Anak saudara kepada penyanyi Juliza Adlizan itu pernah mencetuskan kontroversi di awal kemunculannya apabila kecoh kisah pertelingkahannya dengan salah seorang pelakon yang turut menjayakan filem Ratu The Movie terbitan Line Clear Motion Pictures.


_________________________Iklan_______________________
Blog baru sensasi:aku bukan suara bawah tanah
Encik Bell a.k.a Belalang Hijau Perisik
http://encikbell.blogspot.com/
________________________________________________

Kata gadis remaja yang belajar di sekolah di Subang, dia masih lagi fobia dengan apa yang berlaku. 

Lantaran peristiwa itu, Eina fobia untuk terikat dengan sesiapa. 
Langkahnya hampir terhenti apabila periuk nasinya turut terkena tempias gara-gara produser tidak berani menanggung risiko mengambilnya. Mereka bimbang kesilapan sama berulang. 

rasanyaoren.blogspot.com 

“Tidak dinafikan gara-gara kontroversi itu, banyak tawaran yang terhalang. Bagaimanapun Rashid Sibir menjadi penerbit pertama yang berani mengambil saya berlakon sehinggalah ke hari ini. 
“Abang Rashid seorang yang cukup positif. Katanya kalau asyik memikirkan kontroversi, sampai bila-bila seseorang itu takkan ke mana. Lagipun ada juga artis yang banyak kontroversi tetapi mereka masih mendapat banyak tawaran. Rezeki, katanya kuasa Allah, takkanlah hanya disebabkan kontroversi tidak seberapa, saya tidak boleh bekerja dengan penerbit lain. 

“Alhamdulillah sejak abang Rashid membuka pintu kepada saya, semakin banyak pula tawaran yang diterima termasuklah filem. Saya bakal muncul dengan filem kedua berjudul Sesuatu Yang Tertinggal tidak lama lagi,” katanya yang memegang watak pelajar sekolah yang nakal bernama Bella untuk filem arahan Asrull Hisyam itu. 

Menurut Eina, pengalaman membintangi filem yang turut dibarisi Zahiril Adzim, Sara Ali dan Shira Ayub itu cukup bermakna apabila dia berpeluang menimba ilmu lakonan daripada Zahiril yang ternyata tidak lokek berkongsi ilmu. 

“Walaupun tidak digandingkan dengan Zahiril dalam filem ini, saya tetap seronok kerana dia sudi berkongsi ilmu lakonannya dengan memberi panduan atau tips berguna kepada saya. 

“Biarpun peranan saya dalam filem ini tidak besar, watak Bella lebih menonjol jika dibandingkan dengan filem Ratu. Dalam filem itu, saya membawakan watak baik. Kebetulan filem itu membariskan ramai pelakon, peluang dikenali tipis berbanding dalam filem kedua ini,” kata Eina yang sudah membintangi drama Lima Jingga, Pucuk Muda Kerabu Taugeh, Mistik Alam Hitam, Demi Masa dan Jatuh Cinta. 

Selain cintanya pada dunia lakonan, Eina turut mewarisi bakat dimiliki ahli keluarganya dalam dunia nyanyian. Gadis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) ini juga akan muncul dengan lagu single hasil ciptaan Adnan Abu Hassan berjudul Bahagia Bersama antara Januari atau Februari nanti. 

Walaupun bersaudara dengan Juliza, namun kata Eina, dia mengasah vokal dengan bantuan ibunya kerana ibu saudaranya agak sibuk. Disebabkan bakal menduduki SPM, Eina turut memperlahankan aktiviti lakonan, namun pada waktu terluang akan memberikan tumpuan pada nyanyian kerana aktiviti itu tidak terlalu mengganggu pelajarannya. 

“Tetapi saya terpaksa menukar rutin itu kerana perlu menghadiri kelas tambahan sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan. Semakin saya ingin memperlahankan aktiviti lakonan, semakin banyak pula tawaran diterima. Namun terpaksa tolak, cuma pada hujung minggu saya akan tumpukan pada bidang nyanyian pula. 

“Bidang nyanyian tidak memerlukan saya berada di lokasi terlalu lama. Selepas menyanyi, saya boleh terus pulang. Jadi ibu mencadangkan supaya saya tumpukan pada nyanyian buat sementara waktu,” katanya. 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tutupbukulama/Article
_______________________________End
CERITA BARU ELLEN


0 comments: