Tuesday, January 24, 2012

SERINA (ANAK CHEF WAN) SELAMAT MELAHIRKAN BAYI PEREMPUAN (ISABELLA SAFIYYA) 3:00PM (23/01/2012) - GAMBAR

24/01/2012-08:32pm
Salam.
Lama tak posting.Maka dimulai dengan ucapan tahniah pada anak Chef Wan nie kerana dikuniakan puteri baru (anak kedua).Tahniah Serina,agar anda semua diberkati Allah dan anak2 jadi insan yang soleh!
___________________________________
Serina Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

PETALING JAYA: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
baby girl serina redzuawan 
Gambar terbaru anak perempuan Serina Chef  Wan
http://www.anamarzablog.com/2012/01/baby-girl-serina-redzuawan.html
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
"Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
"Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat," ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
______________________________EnD

CERITA BARU ELLEN
 

1 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Ada gak trbaca twitter dia smlm, kata dah masuk wad... Tahniah buat beliau....