Saturday, January 14, 2012

TENTERA AS KENCING ATAS MAYAT

14/01/2012-04:21am

Salam.
Tentera Amerika Sakit buat hal lagi....meletakkan mereka sebaris dengan pejuang zaman jahilliyah dahulu.....

____________________________

Tentera AS siasat video kencing

2012/01/13

VIDEO dari YouTube menunjukkan empat anggota marin Amerika membuang air kecil ke atas mayat anggota Taliban di Afghanistan.


Empat anggota marin sedar aksi biadab ke atas mayat Taliban dirakam

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat semalam menyiasat satu video online 'menjijikkan' menunjukkan anggota marinnya membuang air kecil di atas mayat pejuang Taliban di Afghanistan, kata seorang jurucakap Pentagon.
Video itu menunjukkan empat anggota berpakaian seragam tentera Amerika, membuang air kecil di atas tiga mayat berdarah yang terlentang di tanah, secara jelas anggota terbabit menyedari aksi mereka dirakam.
Tidak kira apa juga keadaan atau siapa dalam video itu, ini adalah kelakuan keji, menjijikkan, tidak dapat diterima sesiapa juga yang berpakaian seragam. Ia memualkan perut saya. - John Kirby, Jurucakap Pentagon
“Semoga mendapat hari yang hebat,” seorang daripada mereka berkata sambil tergelak kecil.

Tidak jelas dari video itu sama ada warga Afghan yang maut adalah pejuang Taliban atau orang awam.

Pentagon belum mengesahkan video itu, namun jurucakapnya John Kirby memberitahu AFP: “Tidak kira apa juga keadaan atau siapa dalam video itu, ini adalah kelakuan keji, menjijikkan, tidak dapat diterima sesiapa juga yang berpakaian seragam. Ia memualkan perut saya,” katanya ketika mengulas mengenai video itu yang dihantar ke laman web Live Leak.

Jika disahkan, imej itu, yang memaparkan salah laku tentera Amerika ketika perang sedekad lamanya, mungkin mencetuskan kemarahan besar dan kebencian rakyat Afghanistan dan dunia Islam secara meluas. 
Seorang pegawai tentera yang enggan dikenali berkata topi keselamatan dan senjata dibawa oleh seorang anggota menunjukkan keempat-empat mereka mungkin anggota pasukan elit penembak hendap.

Pegawai itu berkata tindakan seperti itu boleh dihukum mengikut kod salah laku tentera Amerika.

Majlis Hubungan Islam Amerika berpusat di Washington (CAIR), sebuah badan hak asasi Islam terkenal Amerika dan penyokong, mengutuk dakwaan mencemarkan mayat.

“Jika disahkan sebagai asli, perbuatan yang ditunjukkan video itu benar-benar tidak patut dilakukan anggota tentera dan pada akhirnya membahayakan mereka dan orang awam lain,” kata CAIR dalam satu kenyataan.

“Kami percaya insiden mengganggu ini akan membawa kepada siasatan secara telus dan tindakan wajar akan diambil berdasarkan keputusan siasatan itu.

“Mana-mana pihak bersalah perlu dihukum secara maksimum di bawah Kod Seragam Undang-undang Tentera dan undang-undang relevan Amerika,” kata kenyataan.

Satu kenyataan dikeluarkan Pentagon menyatakan: “Ibu pejabat Marin Corps baru-baru ini disedarkan dengan sebuah video yang memaparkan anggotanya membuang air kecil di atas apa yang jelas mayat anggota Taliban.

“Ketika kami masih belum mengesahkan kesahihan video itu, tindakan digambarkan tidak konsisten dengan nilai utama kami dan tidak menunjukkan kriteria anggota marin dalam pasukan kami. Perkara ini akan disiasat sepenuhnya.”

Kira-kira 20,000 anggota marin dikerahkan di Afghanistan, kebanyakannya di wilayah Kandahar dan Helmand di selatan negara musnah akibat perang itu, nadi pergerakan Islam tegar Taliban yang disingkirkan daripada kuasa lewat 2001.

Amerika dan sekutu NATO memiliki kira-kira 130,000 anggota yang berjuang menentang pemberontakan Taliban di Afghanistan.

Amerika dan rakan gabungannya merancang untuk menyerahkan kawalan keselamatan di seluruh negara kepada tentera Afghan menjelang akhir 2014, membenarkan pengunduran pasukan tempur.

Pada Mac 2011, tentera Amerika memohon maaf selepas gambar askar Amerika dari sebuah unit tentera bergambar dengan mayat rakyat Afghan. Lima anggota tentera dari unit itu didakwa membunuh kerana menembak orang awam. – AFP 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TenteraASsiasatvideokencing/Article

________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN   


visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: