Thursday, January 12, 2012

ZIZAN KE AS UNTUK JUMPA JULIANA EVANS/BAWAKU PERGI -ZIZAN DAN KAKA (VIDEO)

12/01/2012-03:51am
Salam.
Mata tak boleh tidur nie....so..layan blog ler! Bertuah si Zizan nie....hidup pun dah teratur,rezeki murah dan gossip pun tak ada yang teruk...bagus si Zizan nie..tak lama lagi dapat adik ipar angkatlah yer....tahniah..haha..apapun moga Zizan terus kekal begitu dan sentiasa berjaya dalam karier! Jom layan lagu dia....hadiah dari Zizan buat peminat:

________________________
Zizan Mahu Temui Juliana Evans Di AS Untuk Lepas Rindu
 Khamis Januari 12, 2012

Zizan. Foto RAYMOND OOI
SUBANG JAYA: Pelawak, Zizan (Raja Lawak) akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) jika ada masa terluang untuk bertemu pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya, Juliana Evans, yang sedang melanjutkan pengajian di negara itu.
Zizan berkata, memandangkan Juliana atau nama panggilannya, Jue, ada di AS, dia ingin mengambil kesempatan untuk berehat dan berjalan-jalan di negara tersebut selain merindui pelakon jelita itu yang dianggap sebagai teman wanita yang rapat dengannya.
"Saya mahu ke sana (AS) untuk bertemu Jue selain dapat berjalan di tempat-tempat menarik.
"Diakui, sejak ketiadaannya, saya cuba kuatkan diri dengan penuhkan jadual-jadual kerja dan ini adalah cara 'permainan' bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya. Tapi saya bukan kecewa tau," tambahnya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.
______________________extra_________________

Zizan menangis kerana Juliana


"Sebolehnya saya tidak mahu menangis pada hari tersebut tapi apabila lihat rakan-rakan Jue menangis, saya tidak dapat menahan perasaan sebak lalu menangis."
_______________________________________
Zizan yang kini tampil berjambang bagi memenuhi watak lakonannya dalam filem KL Gengster 2 itu turut menjadi finalis ABPBH bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV lelaki Popular.
Zizan dan Juliana Evans di Anugerah Seni Kebangsaan 2010
"Saya bersyukur kerana tercalon dalam 'Top 5' anugerah ini. Saya akui, apabila sudah tercalon, siapa-siapa sekali pun pasti mengharapkan untuk kemenangan. Begitu juga dengan saya, cuma saya tak adalah meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
"Berada di zon 'Top 5' pun sebenarnya sudah memadai dan itu tandanya peminat-peminat masih lagi menyokong saya," ujarnya.
Sementara itu, Zizan juga bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul Bawaku Pergi berduet dengan Kaka yang diciptakan sepenuhnya oleh Malique (Too Phat).
"Tahun ini, selain kesibukan saya mengacara dan berlakon, saya turut menghadiahkan kepada peminat lagu Bawaku pergi.
"Macam biasa, dalam lagu itu saya merupakan penyanyi rap. Seronok juga sekali sekala beralih ke muzik. Sekurang-kurangnya peminat tidaklah bosan," tuturnya.
______________________________End
CERITA BARU ELLEN  

0 comments: