07/02/2012-09:05pm
Salam.
Ia bukan isu besar sebenarnya, tapi ia hendaklahlah dilakukan dengan pengetahuan.Peluk suami orang lagi besar isunya.
_______________________
Adira Mohon Maaf Akui Kesilapan Peluk Anjing
PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.
Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.
“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.
“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.
“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..
Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.
“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.
“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.
“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.
“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.
“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/2/7/mstar_hiburan/20120206214338&sec=mstar_hiburan
_________________________________End
CERITA BARU ELLEN
- GAJI DI SABAH DAN SARAWAK AKAN DI KAJI
- DIKATAKAN KEKASIH APEK, LEUNIEY TAMPIL MEMBERI PENJELASAN
- DARI IMAM MUDA MENJADI PENYANYI
- ADIRA OMBAK RINDU ENGGAN FIKIR PASAL JODOH
- BIDADARI STEVE JOBS MENIMBULKAN KEMARAHAN
- DAUN SIRIH HIKMAT UNTUK LULUS PEPERIKSAAN DI IPT
- PERSANDINGAN DI ARAK NAIKI BASIKAL TUA[GAMBAR]
- GONCANG BAYI BOLEH BAWA MAUT
- ISTERI TUA GASAK MADU TEPI JALAN
- FOUZIAH GOUS SEKSI?
- TELEFON PINTAR BOLEH KESAN PENYAKIT
- GURU MINTA SEKS UNTUK LULUSKAN PEPERIKSAAN
- LAMPIN PAKAI BUANG BAU PUNCA PESAWAT LEWAT BERLEPAS
- SUAMI GIGIT JARI MANIS ISTERI KERANA SEWA RUMAH
- BAKAR MUKA ISTERI KERANA DADAH
Post Terkini Belalang
- Pelajar Tanggung Derita 5 Tahun Mangsa Rogol Abang Ipar
- Gambar Adira Peluk Anjing | Adira Mohon Maaf
- Tiga Penjenayah Ditembak Mati Polis
- Ditetak Kerana Syaki Racun Lembu
- Mayat Wanita Dalam Beg Pakaian
- 29 Pelajar Kantoi Ponteng Sekolah | Lokasi Panas Diserbu
- Leuniey Tampil Nafikan Punyai Hubungan Bersama Khairul Fahmi (Apek)
- Boleh Tuntut Duit BR1M Walau Lepas Tarikh Bantuan
- Pelik | Boleh Bertutur Pelbagai Bahasa Selepas Kemalangan
- Pengantin Bersanding Di Pasar Awam Larkin
- Keputusan Terkini Bahrain vs Malaysia 5 Februari 2012
- Wanita Dakwa Anaknya Dilarikan
- Padah Curi Kambing Tepi Jalan
- Pelajar Tahfiz Tak Hafal Al-Quran?
- Suami Temui Isteri Dibunuh Kejam
- read more:http://encikbell.blogspot.com/visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment