Saturday, February 18, 2012

AHMAD IZHAM OMAR (TV3) TERKILAN PADA PEMENANG AJL 26...

19/02/2012-01:59pm
Salam.
Tak apalah..tahun depan buat aja meraikan staff AJL dah ler...masa tak berapa sesuai atau kebetulan memang diaorang ada komitmen lain..maklumlah sekarang manusia sibuk!
___________________________
TV3 Kesal Pemenang AJL26 Tak Nampak 'Batang Hidung'
Ahmad Izham Omar (kanan) bersalaman dengan M.nasir dan wakil artis yang memenangi AJL26.
PETALING JAYA: Pihak stesen televisyen TV3 kecewa apabila hampir semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) tidak menghadirkan diri pada acara sambutan kemenangan mereka dan penyampaian cek.
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata dia agak terkilan dengan ketidakhadiran para pemenang kerana majlis tersebut diadakan bertujuan bagi meraikan para pemenang.
"Saya pun tak boleh nak cakap apa. Diakui saya kecewa apabila mereka tidak hadir sedangkan majlis ini adalah untuk mereka.
"Yang hadir hanyalah wakil daripada syarikat pengurusan masing-masing. Bagaimanapun, pihak kami tak boleh nak buat apa-apa kerana mereka memberi alasan mempunyai komitmen lain," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian cek kepada pemenang AJL26 di Sri Pentas,di sini, Jumaat.
Bagaimanapun tambah Ahmad Izham, ketidakhadiran para pemenang tidak menjadi masalah kepadanya kerana kru-kru produksi turut diraikan pada majlis itu.
Pada majlis tersebut pemenang yang hadir hanyalah penyanyi Alyah serta komposer lagu Awan Nano M.Nasir dan Budi Hekayat (penulis lirik). Selain itu, pengarah muzik, ramli MS turut hadir memberikan sokongan.
Ahmad Izham telah menyampaikan cek kepada semua pemenang dan wakil pada acara yang telah berlangsung pada 29 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.
Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz, ciptaan M.Nasir dan Budi Hekayat telah diumumkan sebagai juara dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
_________________________________End
TERKINI!!

Shila Amzah Tidak Terfikir Jadi Pelakon

SHILA Amzah tidak pernah terfikir untuk terjun dalam bidang lakonan sebelum ini.





visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)


1 comments:

Mak lagenda said...

mgkin date tu x sesuai dgn artis2 yg dijemput kot..