03/02/2012- 03:13am
Salam.
Bila hendak buat sesuatu ( bagi orang mukmin) Islam mesti didahulukan bukan perasaan.Hidup mesti bersesuaian dengan agama dan bukanlah agama mesti mengikut gaya hidup kita.
___________________________
Harith Iskander Mohon Maaf Tayang Perut Isteri
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.
Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.
Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.
"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.
"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.
Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.
Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.
"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.
"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.
Sudah dapat restu keluarga
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.
"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.
"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.
Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.
__________________________________EnD
CERITA BARU ELLEN
- JANGAN TINGGALKAN LAPTOP DI ATAS TILAM ATAU BANTAL
- PIERRE ANDRE BERCINTA DENGAN PEMBANTU RUMAH
- REMAJA DIPENJARAKAN KERANA BERCIUM
- TAHNIAH!!NICOL ANN DAVID MENANG GELARAN SULUNG CLEVELAND CLASSIC
- KES 28 KERETA ROSAK DI RUMAH PANGSA LOBAK: BEREBUT WANITA PUNCA AMUKAN
- RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA|RUMAH TERBALIK DI KG TELIBONG, SABAH
- PENIAGA BARU HANTAR TEMAN WANITA BALIK DITEMBAK MATI
- BARBARA MONTEIRO MENANG PERTANDINGAN RATU GEMUK
- PELAWAK KE PENTAS IB DENGAN ‘LAWAK KE, DER?
- PELAJAR BUNUH DIRI KERANA BOSAN HIDUP
- CHOMEL FANA TIDAK LAGI BERCINTA DENGAN BOS KRU
- YANA SAMSUDIN TEGUR LUAHAN CINTA PIERRE ANDRE
- ADIK KETUA MENTERI SARAWAK MENINGGAL DUNIA
- JAMAL ABDILLAH NIKAH DALAM MASA TERDEKAT?
- ANAK ANAK PENYERI HIDUP AYU OIAM|ALBUM BARU AYU OIAM
Post Terkini Belalang
- Pegawai Keselamatan Diserang sekumpulan Lelaki Hingga Mati
- 2 Ditahan Sebar Fitnah Ketua Polis Meninggal
- Lagi Kepala Babi Di Hadapan Masjid
- Safee Sali Ikat Kontrak 2 Tahun Lagi Bersama Pelita Jaya
- Tragedi Dipanah Petir | Seorang Maut & 4 Termasuk guru Cedera
- Anggota Tentera Ghaib Depan Rakan
- Dirogol Sepupu Sejak Usia 10 Tahun
- Misteri Suara Dari Langit Terjawab | Datang Dari Kilang Sawit?
- Kepala Babi Gemparkan Jemaah Masjid
- Ana Raffali Akui Bernikah Dengan Kawan Karib 25 Februari
- Wanita Parah Ditembak
- Penjenayah Rempuh BMW | Larikan RM200,000
- Dua Penyamun Sempat Makan Nasi Sebelum Larikan Diri
- Taktik 3 Penyamun | Berpura-pura Edar Kad Jemputan Perkahwinan
- ‘Lawak Ke, Der?’ Di Istana Budaya
- read more:http://encikbell.blogspot.com/
- visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment