Monday, February 27, 2012

MAJLIS RESEPSI LISA SURIHANI DAN YUSRY (KRU) 26/02/2012 (GAMBAR)

27/02/2012-04:58am
Salam.

Jom layan jer di pagi Isnin nie....sama cantik sama padan, agar jodoh terus berpanjangan pada duda dan dara nie...haha

_____________________________________________________
NAPE YUSRY (PANDANG)...TAK PERCAYA?


BAGAI PINANG DIBELAH DUA...Pasangan pengarah filem Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU bersama pelakon Lisa Surihani tampak segak dan anggun ketika majlis resepsi perkahwinan mereka di Pusat Konveksyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad. Pasangan ini telah diijabkabulkan pada Khamis lepas.





Majlis Resepsi Yusry KRU & Lisa Surihani Meriah
Yusri dan Lisa tampak segak dan anggun ketika meraikan majlis resepsi persandingan mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.- fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Selepas selamat dinikahkan pada 23 Februari lalu, aktres jelita Lisa Surihani dan Yusri KRU atau Yusri Abdul Halim mengadakan majlis persandingan mereka di dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.
Majlis dihadiri kira-kira 2000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.
Bertemakan konsep ala 'French Vintage', yang diinspirasikan daripada Marie Antoinette (Ratu Perancis) oleh KS Entourage, Lisa kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga rekaan Putra.
Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna tampak sederhana tetapi cukup elegan.



gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry  gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry





 gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

gambar resepsi perkahwinan lisa dan yusry

all pic above,source:http://beautifulnara.com/10-gambar-majlis-resepsi-perkahwinan-yusry-dan-lisa-surihani/


Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan, diiringi pula dengan pengantin lelaki.
Turut disertakan acara berbalas pantun sebelum pengantin lelaki duduk di atas pelamin.
Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi.
Ini merupakan perkahwinan kedua Yusry manakala yang pertama untuk Lisa.
Yusry sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/2/27/mstar_hiburan/20120226221307&sec=mstar_hiburan
_________________________End

visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

2 comments:

CheQ PP JoY said...

aip, sejak bila sein ruffedge kawen dgn dephne iking? hehehe

Melati Qistyna's Mummy said...

Sein ruffedge tu dtg ngan bini dia, Daphne dtg sorg...huhuhu


Sama cantik n kacak... :)