Thursday, February 16, 2012

PATAH SERIBU ( 2012) - PRODUK MICHAEL ANG - KEKALKAN BARISAN PELAKON ASAL KLIP VIDEO

16/02/2012-11:05pm

Salam.
Aku tak kesah siapa penerbitnya....asal cerita bagus dah ler kecuali kalau si Namewee tu aku tak tengok pun tak apa!
__________________________

Bukan kerana cinta mereka
2012/02/16

Telefilem Patah Seribu kekalkan pelakon asal klip video
BARISAN pelakon Patah Seribu, dari kiri; Reza, Shila, Sharnaaz dan Jihan. Gambar kecil, Michael Ang.(gambar)

BARISAN pelakon Patah Seribu, dari kiri; Reza, Shila, Sharnaaz dan Jihan. Gambar kecil, Michael Ang.SELAIN David Teo, Michael Ang ialah seorang lagi penerbit berbangsa Cina yang semakin serius 
menghasilkan produk dalam bahasa Melayu.
Kesemua drama terbitan syarikatnya, Cube Film Sdn Bhd, menjadi pilihan Astro. Antaranya Prebet Jamilah, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Kelas Kau Maria, Kum Kum, Ekspress Dania, Mendongak Ke Langit dan terbaru Patah Seribu, yang menggandingkan pasangan kekasih Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad. Ia menemui penonton pada 23 Februari ini.
Saya dibesarkan dan bergaul dengan orang Melayu kerana nenek tinggal di kawasan kejiranan Melayu. Saya berbangsa Cina dan boleh bertutur bahasa itu, tetapi saya tidak tahu menulis dan tidak berminat dengan industri hiburan Cina. - Michael Ang, Penerbit
Kekerapan drama terbitannya muncul di Astro membuatkan timbul pertanyaan adakah penerbit dan pengarah dari Melaka itu anak emas kepada stesen berbayar berkenaan?

Tuduhan itu ditepis Ang yang mula dikenali menerusi program Gugu Gaga Erra, kira-kira tiga tahun lalu. Jelas Michael, dia selesa bekerja dengan Astro, apatah lagi pada masa sama, dia tidak mempunyai kenalan di stesen televisyen lain.

“Siapa yang tidak mahu hasil kerja ditayangkan di stesen nombor satu seperti TV3, yang mempunyai penonton lebih besar? Cuma saya tidak mengenali orang di Media Prima Berhad dan saya bukanlah sejenis orang yang suka memujuk rayu semata-mata untuk mendapatkan slot.

“Sementara Astro masih mempercayai syarikat saya, lebih baik saya memberi tumpuan menghasilkan karya berkualiti untuk stesen ini. Bagaimanapun, saya bukanlah anak emas mereka seperti didakwa. Saya percaya Astro beri peluang kepada penerbit yang mereka percaya dan yakin boleh meningkatkan sasaran penonton,” kata Ang yang memang meminati industri hiburan Melayu. 
Sejak kecil, katanya, dia sudah didedahkan dengan filem Melayu oleh neneknya yang berketurunan Baba Nyonya. Malah dia pernah dibawa neneknya menonton filem Adik Manja di pawagam.

“Saya dibesarkan dan bergaul dengan orang Melayu kerana nenek tinggal di kawasan kejiranan Melayu. Saya berbangsa Cina dan boleh bertutur bahasa itu, tetapi saya tidak tahu menulis dan tidak berminat dengan industri hiburan Cina,” katanya, sekali gus menepis dakwaan menerbit drama Melayu semata-mata untuk mengejar keuntungan.

Berkongsi cerita mengenai drama terbaru terbitan serta arahannya itu, Ang buat kesekian kali menafikan dia mengambil kesempatan atas populariti kisah cinta Shila dan Sharnaaz. Sebaliknya pihak Astro yang mencadangkan supaya dia mengekalkan barisan pelakon yang terbabit dalam video muzik lagu nyanyian Shila itu.

Malah kata Michael, pada ketika itu, dia sendiri tidak tahu kedua-dua artis berkenaan mempunyai hubungan istimewa. Bagaimanapun dia dapat menghidu ada sesuatu di antara mereka apabila bergaya sedondon ke sebuah majlis anugerah.
“Saya tahu Shila tidak pernah berlakon, tetapi saya cuba bertanya, manalah tahu sekiranya dia berminat. Seminggu kemudian dia hubungi saya dan bersetuju untuk mencuba.

“Walaupun kali pertama berlakon, tetapi Shila memiliki bakat semula jadi. Mungkin disebabkan mereka mempunyai hubungan istimewa, keserasian antara Sharnaaz dan Shila ketika di set penggambaran lebih mudah wujud,” katanya.
Patah Seribu yang berkisar mengenai kisah kongsi gelap itu turut membariskan Jihan (Raja Lawak), Reza, Amar Baharin dan penampilan khas Khaty Azean.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukankeranacintamereka/Article

__________________________________EnD
MENARIK
Dengarnya... Menangis sakan kerana Kuch Kuch Hota Hai


visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Betul2... Yg tu xyah tgk pon xpe, tp Kerajaan sokong, siap pegi ms launching... 1malaysia la katakan....Huhuhu

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;kalau dapat 3 wishes..tiga2 aku minta sekeh kepala dia huhu