Saturday, February 4, 2012

SI MANDUL UPAH SI MANDUL...BACALAH

04/02/2012-05:19am

Salam.
Manusia......lucu juga baca cerita begini,cuma jangan sesekali tiru apa yang Demetrius buat kerana dalam bab2 begini keikhlasan tidak wujud lebih2 lagi isterinya bekas ratu. Alahai...macam2!


______________________________

Upah jiran hamil isteri


2012/02/03

Lelaki kemuka saman apabila 72 cubaan gagal 

STUTTGART: Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan 'benar-benar berniat jujur' apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.
Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.
Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak. 

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. 

Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan. 

Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos. 
Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah. 

Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.” 

Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan. 

Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka. 

Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan. 

Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusahabersungguh-sungguh.’ – Agensi 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Upahjiranhamilisteri/Article
____________________________________End
CERITA BARU ELLEN 





Post Terkini Belalang



visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

2 comments:

Cikgu Jaja™ said...

ya Rabbi..mcm nie pn ada..

Melati Qistyna's Mummy said...

Hahahaha, dh penah baca ritu, mmg ngokngek dedua tu pong.... :D