04/03/2012-05:28pm
Salam.
Akupun nak cubalah..hahaha....Superstock bolehler!
______________________________
Hanya berbakat jadi bintang
Ahad, 04 Mac 2012
NURNAZARINA... pelajar perubatan Unimas.
KUALA LUMPUR: Buat persembahan, rakam, muat naik ke YouTube dan tunggu tuah.
Jika memang berbakat dan bernasib baik, rakaman itu bakal menarik minat jutaan
penonton, sekali gus melonjakkan si penyanyi menjadi ‘superstar’ dalam sekelip mata.
Fenomena yang sebelum ini menggegarkan industri hiburan di Barat kini menular
di Malaysia. Terbaru, ‘budak sekolah’ Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman
lagunya, Cinta Muka Buku yang dimuat naik ke Youtube ditonton enam juta pelayar
Internet.
Walaupun ada pihak mendakwa lagu nyanyian dan ciptaan Najwa ‘biasa-biasa’ saja,
pihak industri hiburan terpaksa mengalah dengan kehendak peminat kerana ia
menjadi trend terkini.
Ternyata gelombang itu sungguh kuat hingga semakin ramai anak muda turut
mencuba nasib menjadikan YouTube sebagai batu loncatan untuk menggapai
impian bergelar penyanyi terkenal selepas kejayaan sama turut dicatat Yuna
dan Zee Avi.
Terkini, beberapa remaja yang memuat naik lagu nyanyian mereka di YouTube
turut dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencipta nama. Antaranya
Ainan Tasneem, Tasha Manshahar, Nur Nurnazarina, Ajek Hassan,
Syed Shamim dan Amri.
Walaupun didakwa menggunakan YouTube sebagai batu loncatan supaya bakat
mereka disedari penggiat seni, seterusnya menggapai impian menjadi artis,
kebanyakan ‘bintang muda’ terbabit menegaskan, pada mulanya rakaman yang
dimuat naik hanya sebagai tatapan teman dan keluarga.
Hal ini diakui Ainan Tasneem Ridzuan, 20, yang kini popular dengan
lagu Aku Suka Dia.
TASHA... dari Sabah
“Saya memuat naik rakaman sekadar suka-suka, malah tidak pernah terlintas untuk
menceburi bidang nyanyian secara serius.
“Menyanyi sekadar hobi, tak mungkin saya bergiat serius sebagai penyanyi.
Ibu bapa tidak menghalang hobi itu, tetapi kurang menggalakkannya.
“Sejak kecil saya bercita-cita menjadi pensyarah dan tiada masalah untuk
memenuhi permintaan mereka. Mungkin segelintir masyarakat menganggap
saya menjadikan YouTube untuk menampilkan bakat, namun ia sebenarnya
hanya sebagai memenuhi permintaan teman rapat,” kata penuntut Universiti
Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses ini.
Bermula dengan memuat naik rakaman ‘cover version’ di Facebook (FB),
Ainan dicabar menghasilkan lagu sendiri, lalu terhasillah lagu Aku Suka Dia
sebelum seorang teman FB memuat naik rakaman itu di Youtube.
“Tak sangka lagu itu menarik 750,000 penonton, menyebabkan saya terus
menggunakan medium itu untuk memuat naik rakaman lagu yang pernah
dipopularkan penyanyi lain,” katanya yang kini bernaung di bawah syarikat
rakaman Music Vally.
Sementara itu, gadis kelahiran Sandakan, Sabah, Tasha Manshahar atau
nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 20, mula memuat
naik rakamannya di YouTube sejak berusia 16 tahun.
Gadis ini turut ditawarkan menjadi artis syarikat rakaman Music Valley,
namun menolak kerana bimbang tidak dapat membahagikan masa
antara kuliah dengan komitmennya sebagai penyanyi.
Penuntut tahun pertama Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan
Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Ilmu Khas ini meletakkan pelajaran
sebagai keutamaan kerana mahukan masa depan yang lebih terjamin.
“Memuat naik rakaman di YouTube hanya untuk berkongsi bakat dengan
teman yang meminati muzik. Buat masa ini saya tak boleh melakukan dua
perkara dalam masa sama. Justeru, biar saya tamatkan pengajian terlebih dulu.
“Pun begitu, minat terhadap muzik tidak pernah surut dan jika satu hari nanti
saya bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman, saya akan menyanyi
tapi tetap berpegang dengan pendirian sekadar mengisi masa lapang,” katanya
yang bukan saja pandai memetik gitar tetapi turut mahir bermain keyboard.
Berbeza dengan Nurnazarina Mahrif, 29, atau lebih popular dengan nama
jolokan The Shy Singing Doctor, pembabitannya menghasilkan video nyanyian
semula yang dimuat naik ke YouTube pada mulanya dilakukan sekadar
memenuhi permintaan arwah ibunya, Rakiah Abdul Rahman yang meninggal
dunia akibat barah payudara pada Ogos 2011.
“Arwah ibu sangat meminati lagu ‘Padamu Ku Bersujud’ nyanyian penyanyi
Indonesia, Afghan dan meminta saya mencarikan cakera padat lagu itu atau
memuat turun di Internet.
“Malangnya, saya tidak menjumpai album itu dan bertekad menyanyikannya
sendiri sebagai kejutan kepada arwah ibu. Saya menyiapkan video itu dua hari
sebelum kematiannya, tetapi dia tidak sempat menonton.
“Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhirnya dan sejak itu
saya aktif merakam dan memuat naik video ke Youtube. Sehingga hari ini
saya ada 69 rakaman video nyanyian semua penyanyi popular dalam serta
luar negara,” katanya yang bertugas di Unit Radioterapi Onkologi dan Paliatif,
Hospital Umum Sarawak (HUS).
Graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
itu berkata, melalui sesi menyanyi, dia dapat meredakan tekanan kerja selain
menjadi terapi memulihkan semangat selepas kehilangan ibu tersayang.
Mendapat dorongan bapanya, bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia
(RTM) Kuching, Mahrif Bujang, 64, Nurnazarina turut diberikan sokongan oleh
rakan setugas dan pesakit untuk terus menunjukkan bakat terpendam itu.
“Terbabit dalam bidang ini tidak bermakna saya mengabaikan tanggungjawab,
saya hanya melakukannya pada waktu rehat atau selepas waktu kerja, malah
ia sedikit pun tidak mengganggu tugas saya sebagai doktor,” katanya.
___________________________________End
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment