02/03/2012-10:48pm
Salam.
Semalam talian dipotong akibat terlampau panjang hutangnya haha..dah settle dah!
Hmmm...TA nie memanglah seorang yang layak digelar supermodel...tapi tak semestinya boleh dijadikan role model haha....siapakah role model kita.....siapa yang kita ikut selama nie...fikirkanlah. Sambil tu layanlah artikel ini.
_______________________
Tengku Azura Hanya Berlakon Untuk Dain Said
KUALA LUMPUR: Satu-satunya pelakon wanita dalam filem Bunohan, Tengku Azura Awang, 37, menegaskan dia hanya akan berlakon sekiranya tawaran membintangi sesebuah karya datang daripada pengarah Dain Said.
Azura berkata, walaupun lakonan bukan bidang kariernya, dia menerima tawaran Dain atas dasar kawan selain selesa bekerjasama dengan pengarah berpengalaman itu.
____________________________Biodata Tengku Azura
Nama Penuh: Tengku Azura Tengku Awang
panggilan: Tengku Zura atau Azura.
Asal: Terengganu dibesarkan di Kuala Lumpur.
Tarikh lahir : 9 Disember 1975
Umur 36 tahun
Tinggi : 173 cm
panggilan: Tengku Zura atau Azura.
Asal: Terengganu dibesarkan di Kuala Lumpur.
Tarikh lahir : 9 Disember 1975
Umur 36 tahun
Tinggi : 173 cm
Kerjaya : Model dan pelakon, memasuki bidang model pada tahun 1993, juga pernah berlakon dalam beberapa iklan. Menjadi model untuk beberapa majalah.
Hobi : suka muzik, melancong dan membaca.
Azura minat bidang muzik dan berbakat menjadi DJ dikelab. Muzik dan peragaan memang tidak dpat dipisahkan. Bidang peragaan pun memerlukan model membawa watak atau karektor jadi bidang modeling dan lakonan tak jauh berbeza.
Azura ibu kepada 2 orang anak, Adam Mustaqim, 16, dan Ilyas Ammar, 9 tahun.
Makanan kegemaran : ikan bilis dan asam pedas
Read more: http://nurizspace.com/2011/08/tengku-azura-supermodel-kini-berlakon-pula.html#ixzz1ny83IsfF __________________________________
"Memang kami sudah lama berkenalan. Malah, saya ada berlakon untuk beberapa babak dalam filem Dukun, arahannya.
"Bukannya mahu berlagak Diva atau sombong, tetapi saya akan hanya berlakon jika ia datangnya daripada Dain. Harap-harap pihak lain tidak salah anggap tentang pendirian ini," katanya yang pernah berlakon drama Mr.Bendul ketika berusia 19 tahun.
Bertanyakan apakah sebabnya dia menerima watak Mek Yah, yang memerlukan dia berwajah kotor, selain perlu berendam di dalam paya, beritahu Azura penggambaran filem itu dijalankan di Terengganu yang juga negeri kelahiran ibu dan bapanya.
"Lokasi penggambaran yang dijalankan sebenar telah membangkitkan nostalgia apabila kawasan kampung Payang pernah didiami ibu dan nenek saya.
"Selain itu, wataknya juga sangat mencabar di mana saya perlu bergelumang dengan lumpur dan lintah. Mula-mula geli juga, tapi lama-lama, saya menjadi seronok dengan apa yang dilalui.
"Bukan itu sahaja, saya juga harus berdepan dengan arus sungai yang deras," ujarnya.
Bagaimanapun, beritahu Azura, dia bukannya terlalu serius dalam menceburi bidang lakonan dan memandangkan usianya sudah terlewat untuk bergelar sebagai seorang pelakon, ibu kepada dua orang anak iaitu Adam Mustaqim, 16, dan Ilyas Ammar, 9, ini sekadar mahu mencabar sejauh mana kemampuan diri.
Dalam pada itu, dia juga bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong setiap karier yang dilakukannya.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/3/2/mstar_hiburan/20120301163930&sec=mstar_hiburan
___________________________End
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment