Saturday, March 24, 2012

YUNA...TERUKIR DI BINTANG YANG MENGASYIKKAN

24/03/2012-08:59am
Assalam
You know  YUNA! Memang best dan mengasikkan...klasikal dan melody yang pastinya akan evergreen!
_______________________
ALBUM BARU: 'Terukir Di Bintang' Tonjol Sisi Klasik Yuna
Sabtu Mac 24, 2012


Yuna - Terukir Di Bintang.


ALBUM: TERUKIR DI BINTANG
ARTIS: YUNA
EDARAN: FMC MUSIC
BAGI yang telah pun memiliki album ini, saya percaya reaksi pertama apabila melihat kulit album kedua milik Yunalis Zarai atau Yuna berjudul Terukir Di Bintang ini kelihatan seperti album EP biasa.
Ia mungkin memberi persepsi bahawa lagu-lagunya sekadar tangkap muat sahaja.
Abaikan saja kulit albumnya dan hayatilah lapan buah lagu yang dimuatkan seperti Fears and Frustrations, Someone Out of Town, Coffee, Photo Of You, Memo, Sparkle, Terukir Di Bintang dan KL Kita.
Berdasarkan perbandingan album ini dan album pertama yang dihasilkan pada dua tahun lalu iaitu Decorate, Yuna masih lagi berpaksikan konsep sama iaitu akustik, alternatif dan pop.
Namun Terukir Di Bintang menonjolkan sisi kematangan penyanyi berbakat besar ini berbeza dengan Decorate, yang lebih cenderung dan sesuai untuk golongan remaja.
Lagu-lagu dalam Terukir Di Bintang penuh klasik dan mendamaikan malah bagi yang peka dengan susunan muziknya, ia juga kedengaran unik, urban dan sedikit unsur kontemporari.
Dan ada kalanya, vokal lunak Yuna yang mengalunkan lagu-lagu tersebut bikin pendengar berasa khayal seketika dan teruja.
Seperti lagu pada trek pertama iaitu Fears and Frustration, memiliki lagu dan lirik yang seiring, lagu ini terasa kukuh dan mampu 'mengikat' halwa telinga pendengar untuk menghayati lagu-lagu seterusnya.
Lagu Someone Out of Town pula tampil dengan muzik yang lebih misteri, sama juga dengan Sparkle, vokal gemersik Yuna buatkan penyanyi yang kini mengembangkan karier muziknya di Amerika Syarikat itu menampakkan sisi jiwa kemelayuannya, walaupun membawa lagu Inggeris.
Coffee pula mempunyai bait lirik yang menarik menceritakan tentang luahan emosi dan cinta yang telus.
Ada sedikit kelainan dalam komposisi lagu KL Kita. Mungkin kerana ia dihasilkan bersama dengan kekasihnya, Qi Razali yang berkisarkan tentang kehidupan dan cinta.
Terukir Di Bintang pula, lagu yang berkonsepkan urban klasik yang diinspirasikan daripada lagu Bulan Ditutup Awan (nyanyian Rokiah Wanda) ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana lagu yang menjadi single pertama yang berjaya menambat hati dan jiwa para pendengar.
Secara keseluruhannya, album ini penuh dengan lirik-lirik puitis yang lebih menunjukkan tentang sisi peribadi penyanyi anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini.
LAGU PILIHANFears And Frustration, Someone Out Of Town, Coffee dan Terukir Di Bintang.
_______________________________EnD
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)