Thursday, May 3, 2012

ANAK2 M. NASIR 2012


03/05/2012-06:01am

Assalam...
Cuba juga muncul nie.....dasyat yer M. Nasir nie....berbakat betul anasir2 (anak2 M. Nasir) nie...boleh komersial nama tu kan!

_________________________________________

Legasi M Nasir

2012/05/02

pix_gal0

TIGA beradik ini ini sedaya upaya mahu mengelak daripada bayangan bapa mereka iaitu pemuzik, penyanyi dan penulis lagu serta lirik disegani, Datuk M Nasir. 

Mereka mahu berjaya atas usaha sendiri, enggan menggunakan, jauh sekali menumpang populariti bapa.

Ini jelas apabila diajukan soalan berkaitan bapa mereka, masing-masing hanya senyum saja.
Apabila ditemu bual, mereka tidak menyebut nama ‘ayah’ atau bapa sebagai ganti nama kepada M Nasir. 

Sebaliknya, menyebut Datuk M Nasir. 

Ketiga-tiganya bersama dua lagi rakan bergabung menubuhkan kumpulan dinamakan Pitahati. Me-reka mahu berada dalam dunia muzik dengan pilihan sendiri, bukan meneruskan corak muzik ‘diasaskan’ M Nasir. 

Namun, itu bukanlah bermakna tidak menerima hakikat pengaruh muzik bapa mereka ada dalam muzik Pitahati. Lebih daripada itu, sokongan dan restu si bapa masih diperlukan. 
“Tidak dinafikan kami memang meminati karya dan sentuhan Datuk M Nasir, tapi untuk mengatakan muzik kami kedengaran sama seperti muzik dia, itu kurang benar. 

“Mungkin ia disebabkan kita dari rantau yang sama, jadi bunyi Nusantara itu tidak dapat dielakkan. 

Tidak dinafikan, sokongan Datuk M Nasir itu memang ada, tapi untuk bergerak di arus perdana ini kami berusaha dan berdiri atas azam sendiri,” kata Mohd Ilham, anak sulung M Nasir. 

Selain Mohd Ilham, 26, yang bertindak sebagai vokalis, dua lagi anak M Nasir dalam kumpulan Pitahati ialah Yasin, 24 (pemain dram) dan Hidayat, 20 (gitar). Dua lagi rakan mereka ialah Masrin, 26 yang bermain gitar bass dan Zahar, 31, gitar. 

Bernaung di bawah Luncai Emas Sdn Bhd, mereka muncul dengan album mini pertama berjudul Bintang Biru Kristal Salju. 

Lima anak muda ini berada dikatakan dalam aliran muzik revolusi yang berpaksikan kepada avant-garde dan rock eksperimental. 

Berpeluang melihat persembahan gig pertama Pitahati di Galeri Annexe, Pasar Seni, baru-baru ini, tidak dinafikan naskhah yang dibawakan lima pemuzik kreatif ini kedengaran agak berbeza daripada kumpulan sedia ada. 

Persembahan mereka turut disaksikan oleh M Nasir dan isterinya, Datin Marlia Musa. Ilham, Yasin dan Hidayat adalah anak perkahwinan M Nasir dengan Allahyarham Junainah Johari. Dalam setiap mempersembahkan setiap lagu dalam album Pitahati, diperhati dengan teliti dan ada perasaan puas pada wajah M Nasir yang tentu bangga tiga anaknya mewarisi darah seninya. 

Persembahan itu juga bertujuan memperkenalkan mereka kepada dunia muzik arus perdana sekali gus memperdengarkan dengan lebih luas muzik avant-garde rock eksperimental yang belum pernah wujud dalam industri hiburan tempatan. Keunikan Pitahati juga dapat dilihat dalam pende-katan persembahan yang dinamakan sempena single pertama iaitu Bintang Biru Kristal Salju. 

Antara lagu yang disampaikan ialah Hati-Hati Ahmad! Olivia, Dengarlah Jika Kau Ingin, Revolusioner: Jilid 1, dan Bintang Biru Kristal Salju. Lagu single, Bintang Biru Kristal Salju sedang diterima baik di arena muzik indie, malah kini dimainkan di stesen radio tempatan dan Singapura.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LegasiMNasir/Article ________________________EnD
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)






4 comments:

sud@is said...

kuah tumpah atas nasi

akuzle ayu said...

Wah2! Beso2 dh ank beliau yea? Mmg btui2 pewaris neh..

Yasmin Yahaya said...

dulu sy klasmate dgn hidayat.. dia mmg berbakat! kalau buat teater, dia boleh hafal skrip dgn cpt. n lakonan dia pun bagus!

shameel Iskandar said...

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi