Assalam
Harapan orang tua tu.....apapun didoakankan agar usaha berjaya....
______________________
Ana Dahlia & Chef Riz Terus Usaha Dapat Zuriat
Sabtu Julai 14, 2012
Ana Dahlia.
PETALING JAYA: Kesibukan terhadap kerjaya di antara Ana Dahlia dan suaminya Chef Riz bukan penghalang untuk mereka terus berusaha mendapatkan zuriat pertama selepas tujuh bulan berkahwin.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, berkata dia dan suami amat berbesar hati untuk menimang cahaya mata sekiranya dikurniakan rezeki itu dalam masa terdekat ini walaupun mereka sibuk dengan komitmen kerja masing-masing.
“Jika ada (anak), kami terima dengan besar hati tetapi masalahnya sehingga kini masih belum ada rezeki. Sehingga kini kami tidak berputus asa berikhtiar ke arah itu.
“Saya memang sibuk dengan komitmen lakonan, begitu juga Riz dengan restoran Flavours yang baru dua bulan beroperasi. Namun, ia bukan alasan untuk tidak mengembangkan keluarga,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 31, pada 11 Disember tahun lalu.
Sambung Ana, atas kesedaran itu juga dia dan suami dihadiahkan percutian berbulan madu di Greece pada bulan lalu oleh bapa mertuanya, Chef Wan.
“Tiada siapa di kalangan ahli keluarga yang pernah mendesak kami segera mendapatkan anak kerana mereka begitu memahami.
“Cuma, saya menjadi terharu dan menghargai kejutan yang diberikan bapa mertua dengan menaja hadiah berbulan madu kami di Greece selama dua minggu pada bulan lalu. Selain melancong, kami dapat menghabiskan lebih banyak masa berdua,” katanya.
Terbaru, Ana berkata dia kini terikat dengan penggambaran drama bersiri berjudul 7 Ramadan arahan Shahrulezad Mohamedin untuk slot Samarinda bermula 19 Julai ini di TV3.Pembabitan dalam drama ini sungguh luar biasa. Saya menimba pengalaman baru dan benar-benar terkesan daripada naskhah ini.
“Banyak yang saya belajar khususnya ketika berlakon bersama Elly Suriati. Dia pelakon hebat yang membantu penghayatan watak saya daripada lakonannya,” katanya yang baru menamatkan komitmen drama Andai Ku Tahu (TV9)
_________________________________________EnD
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment