13/07/2012-06:13am
Assalam
No komen....jawapannya senang jer...jangan beli,hisap jer!
_______________________
Harga rokok dijangka naik
Kuala Lumpur: Duti eksais tembakau dijangka dinaikkan tiga sen sebelum pembentangan bajet tahun ini.
Jangkaan kenaikan itu mengambil kira data terdahulu dan beberapa hasil kajian Laporan Kawalan Tembakau ASEAN yang diterbitkan bulan lalu.Menurut penganalisis, berdasarkan anggaran kenaikan duti cukai itu harga sekotak mengandungi 20 batang rokok dijangka naik kira-kira 60 sen.
TA Securities, dalam laporan analisisnya menjangka kerajaan akan mengumumkan kenaikan sebelum pembentangan bajet 2013 pada 28 September ini bagi mengelak peniaga menyorok rokok.
“Sejak 10 tahun lalu, sektor tembakau dikenakan duti eksais setiap tahun kecuali pada 2011. Kita percaya ketiadaan kenaikan duti eksais tahun lepas adalah antara cara kerajaan mengurangkan beban harga minimum rokok (MCP) yang diperkenalkan sebelum itu,” kata firma penyelidikan itu.
Kerajaan menetapkan harga minimum rokok RM6.40 bagi 20 batang atau 32 sen setiap rokok apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang diwartakan pada 1 Januari 2010.
Sementara itu, berdasarkan statistik Laporan Kawalan Tembakau ASEAN, setiap 10 peratus kenaikan harga rokok akan mengurangkan bilangan perokok muda sehingga tujuh peratus dan keseluruhan pembelian sebanyak empat peratus.
Namun, kenaikan duti eksais akan meningkatkan pendapatan kerajaan sebanyak tujuh peratus walaupun jumlah perokok dan pembelian berkurangan.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa kenaikan cukai sehingga 65 peratus harga runcit adalah yang paling ideal untuk mengurangkan pembelian dalam setiap segmen pengguna.
“Laporan itu juga mendapati kenaikan cukai sehingga 65 peratus harga runcit adalah yang paling ideal untuk mengurangkan pembelian setiap segmen pengguna,” katanya.

_____________________________________EnD
0 comments:
Post a Comment