Assalam...
Tahniah buat Ratu Rock Ella dan suami En. Azhar ,agar terus belayar di bahtera layar impian hingga ke akhir hayat. Doa buat kebahagiaan Ella dan Encik suami!
Seharusnya kau sedar
Dirimu sungguh berharga
Tiada dapat ditukarkan harta benda
Awasilah selalu segala tingkah dan laku
Demi kebahagian menunggumu
Lirik:Permata Biru
________________________________
Ella Sah Bergelar Isteri Kepada Azhar
Sabtu Julai 7, 2012 MYT 11:27:50 PM
KLANG: Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.
Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ella dan Azhar berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/7/8/mstar_hiburan/20120707223330&sec=mstar_hiburan
http://beautifulnara.com/tahniah-ella-sah-isteri-kepada-azhar-ghazali-dengan-sekali-lafaz/
http://beautifulnara.com/tahniah-ella-sah-isteri-kepada-azhar-ghazali-dengan-sekali-lafaz/
More pic here:Source:http://www.rotikaya.com/gambar-di-sekitar-majlis-pernikahan-ella-azhar-ghazali-teluk-gadong/19-gambar-sekitar-majlis-pernikahan-ella-azhar-ghazali/
_______________________________________EnD
_______________________________________EnD
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment