Wednesday, September 5, 2012

KAJANG, SERDANG JEM TERUK MALAM TADI


Pelajar & Guru Terperangkap Dalam Banjir Kilat Di Serdang
Rabu September 5, 2012
Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa menggunakan bot untuk memindahkan mangsa banjir di Taman Sri Serdang pada malam Selasa.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 600 pelajar dan 23 guru dari dua buah sekolah di Taman Sri Serdang dekat sini, terpaksa diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas terperangkap dalam kejadian banjir kilat pada Selasa.
Hujan lebat selama dua jam sejak pukul 4.30 petang itu menyebabkan air dari longkang besar di kawasan berkenaan melimpah sehingga setinggi 1.5 meter dan menenggelamkan 100 kenderaan milik penduduk dan 30 milik guru di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Indah.
Tinjauan Bernama setakat pukul 8 malam tadi mendapati pelajar dan guru sesi petang dua buah sekolah berkenaan masih terperangkap. Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, operasi menyelamat dan memindahkan pelajar serta guru sedang giat dijalankan.
"Satu jentera dari Balai Bomba Serdang bersama-sama tujuh anggota digegas ke kawasan banjir untuk operasi itu," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama malam Selasa.
Mohd Sani berkata laporan awal mendapati banjir kilat itu melibatkan kawasan sekolah dan beberapa kawasan perumahan di sekitar Seri Kembangan, Jalan Serdang Jaya dan kawasan Kajang.
Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Sri Serdang Khalid Lambak berkata air mula surut sejak pukul 7 malam tadi, dan kebanyakan penghuni rumah yang terjejas sibuk membersihkan rumah mereka.
Sementara itu, jurucakap Trafik Bukit Aman ketika dihubungi, berkata banjir kilat mengakibatkan kesesakan sepanjang 15 kilometer dari ibu kota menghala ke selatan sejak pukul 5.30 petang Selasa.
Katanya kesesakan berpunca daripada penutupan jalan di Km 305 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Seremban.
Laluan hanya akan dibuka semula selepas banjir surut dan pengguna diminta menggunakan jalan alternatif untuk ke Bangi dan Kajang, katanya. -BERNAMA
_____________________________________________
Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang
 Rabu September 5, 2012 
user posted image
user posted image
user posted image
Source 4 pic above:http://forum.lowyat.net/topic/2495962
PETALING JAYA: Hujan lebat yang turun lewat petang Selasa menyebabkan kejadian banjir kilat melanda sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.
Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak bergerak menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi.
Kesesakan tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana hingga ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Sungai Besi akibat banjir kilat yang berlaku.
Pada kira-kira pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS) membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya.
Sementara itu, di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yang berlaku dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang menyebabkan kesesakan yang teruk sekitar, Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong dengan hanya satu lorong boleh digunakan.
Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon menghala ke stesen KTM Serdang.
Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti Pertanian-Kajang yang memaksa laluan di kedua-dua belah jalan tersebut terpaksa ditutup.
Di Lebuh Raya SILK, banjir kilat melanda sekitar Bandar Sg Long memaksa jalan menghala ke Cheras dan Kajang terpaksa ditutup dan trafik dilencongkan ke Putrajaya.
Di Lebuh Raya KESAS pula, kesesakan bermula di Vista Komanwel menghala ke MRR2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Sri Petaling.
Kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di Subang Jaya sekitar bulatan Persiaran Kewajipan dan kawasan Sunway, lebuh raya NPE dan SPRINT.

___________________________________________

Banjir landa Serdang, Kajang



Anggota Bomba dan Penyelamat membawa keluar guru-guru SK Seri Serdang menggunakan sampan setelah mereka terperangkap di sekolah itu akibat banjir kilat di Serdang, Selangor, malam tadi.

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Hujan lebat sejak pukul 3.30 petang mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Serdang dan Kajang dekat sini dilanda banjir kilat hari ini.
Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Taman Sri Serdang, Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, Sri Andalas, Serdang Jaya, Taman Perumahan Jed Hill dan Sungai Chuah di Kajang.
Banjir petang ini turut menyebabkan laluan di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan mengalami kesesakan di kedua-dua arah disebabkan penutupan laluan di Kilometer 303.8 antara Universiti Pertanian Malaysia (UPM) ke Kajang sejak pukul 5.30 petang.

________________________________________

Banjir: Lebuh raya Utara Selatan berhampiran UPM ditutup

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Laluan kedua-dua hala Lebuhraya Utara Selatan antara Kajang dan Serdang ditutup kepada semua lalu lintas ekoran banjir kilat yang Kilometer 303 lebuh raya berkenaan malam ini.
PLUS dalam kenyataan menerusi laman twitternya berkata, hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak petang tadi menyebabkan laluan berkenaan ditenggelami air.
Ekoran tersebut, lalu lintas ke kedua-dua hala sesak teruk dan semua pengguna diminta menggunakan laluan alternatif menerusi Plaza Tol Kajang dan UPM. - 

____________________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

5 comments:

Mohamad Fathi said...

Oh mcam tu... baru tau ada banjir kat sana... Ooo..

Unknown said...

Nasib baik saye sampai ktm serdang amik wife lum banjir lagi.mase tu kul 6.

Unknown said...

Nasib baik saye sampai ktm serdang amik wife lum banjir lagi.mase tu kul 6.

Unknown said...

Nasib baik saye sampai ktm serdang amik wife lum banjir lagi.mase tu kul 6.

Unknown said...

Nasib baik saye sampai ktm serdang amik wife lum banjir lagi.mase tu kul 6.