Assalam.....
Baguslah begitu.....tetap mesra dan mengharungi sgalanya bersama2.
___________________________
Tomok 'Berlakon' Bersama Isteri
Isnin Oktober 29, 2012
PETALING JAYA: Penyanyi Tomok berasa bertuah apabila isterinya, Rahayu Abbas (Ayu) sanggup meluangkan masa untuk berlatih bersamanya bagi mendapatkan watak terbaik dalam karya yang dia lakonkan.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata, apabila menerima sesebuah tawaran watak dalam filem, dia akan memastikan latihan secukupnya dibuat sebelum memulakan sesi penggambaran.
"Saya sedar, sebagai pendatang baru di dunia lakonan, banyak perkara yang perlu diasah.
"Walaupun ada sesi pembacaan skrip bersama pelakon lain, rasanya ia tidak cukup untuk saya bersedia di set.
"Maka latihan berlakon akan disambung di rumah pula di mana Ayu menjadi gandingan watak saya. Alhamdulillah, saya bersyukur dan bertuah kerana ada dia," katanya.
Tambah Tomok, isterinya juga merupakan pengkritik utama dalam setiap filem yang dilakonkan, selain menjadi penyokong terhadap karier barunya itu.
Sementara itu, selepas membuat percubaan di bidang lakonan menerusi filem pertamanya, Mantera dan terbaru, Istanbul Aku Datang yang akan ditayangkan pada 8 November ini, Tomok mengakui dia seronok melalui pengalaman sebagai pelakon.
"Selepas mendengar respons daripada ramai pihak, rasanya perjalanan (lakonan) boleh diteruskan.
"Yang penting saya mahu setiap lakonan yang disampaikan mendapat impak kepada penonton yang menyaksikannya, dan pada masa sama, saya akan perbaiki setiap kelemahan yang ada," ujarnya.
Kata Tomok lagi, walaupun kerjaya pelakon memerlukan pengorbanan masa yang besar, namun dia masih lagi boleh mengimbangkan antara karier nyanyian, lakonan dan keluarga.
))))))------------------>EnD
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment