Tuesday, November 6, 2012

DOAKAN KESEJAHTERAAN WIRA2 INI 2012


06/11/2012-03:30am

Assalam..
Baru terbaca...apa yang aku harapkan, agar kita  bersama2doakan kesejahteraan 
WIRA2 NEGARA ini...amin YA ALLAH!
 

________________

Anggota bomba terbakar

2012/11/0

Seorang anggota Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Zakee Daud, 35, terbakar selepas sebuah tangki minyak pelincir bocor sehingga mengakibatkan letusan api setinggi lebih 30 meter di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa
semalam.Seorang anggota Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd Zakee Daud, 35, terbakar selepas sebuah tangki minyak pelincir bocor sehingga mengakibatkan letusan api setinggi lebih 30 meter di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa semalam.
11 cedera, 5 parah termasuk seorang wanita apabila tangki minyak meletup ketika padam kebakaran

Kota Bharu: Lima anggota bomba, termasuk seorang wanita cedera parah apabila tangki minyak pelincir meletup ketika mereka memadam kebakaran di sebuah kilang tayar di Pengkalan Chepa, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian di kawasan perindustrian Padang Tembak itu, lima yang lain cedera apabila letusan api menjulang setinggi 30 meter dari tangki ketika operasi bomba hampir tamat hingga menyebabkan mereka cedera disambar api. 

Melecur anggota badan

http://www.maitengok.com/berita-pilihan/10-anggota-bomba-cedera-tangki-minyak-diesel-meletup/
Ketika kejadian, suasana agak cemas apabilabeberapa anggota bomba terbakar walaupun memakai pakaian khas kalis kebakaran. 



Tujuh anggota dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala tiga lagi ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana melecur di bahagian belakang, tangan, leher dan muka.

Mereka yang parah ialah Penolong Ketua Balai Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan I Abdullah Din Mohamed, 55: Pegawai Bomba Kanan II, Nazah Nafi, 43; dan Abd Razak Abdullah, 41, yang menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.
azmykelanajaya.blogspot.com

Zulkifli Mahmud, 40, dan Pegawai Bomba Kanan II, Wan Asri Wan Yaacob, 52, masing-masing dirawat di HRPZ II.
Anggota yang cedera ialah, Mohd Zakee Daud, 35; Rohazanizam Osman, 31; Mohd Fathir Mohd Jusoh, 39; Mohd Shaiful Fitri Ali, 32; dan seorang Penolong Penguasa Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusmar Mat Yusof, 33.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman, berkata kejadian itu di luar jangkaan kerana dalam kebakaran bermula jam 8 pagi itu, api sudah dikawal selepas setengah jam, namun suasana bertukar cemas selepas minyak memancut keluar dari tangki menyebabkan letusan api besar.

“Ia tidak dijangka kerana kebakaran berjaya dikawal sebelum tangki minyak meletup. Ini kejadian pertama membabitkan pegawai dan anggota yang parah ketika operasi memadam kebakaran,” katanya.


Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.11 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan lima jentera dan 39 anggota.


___________________EnD

2 comments:

krole said...

ya Allah..doakan beliau cpt smbuh...bgitula pengobanan mereka~krole tabik!!!

zool said...

terima kasih heroku
nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/