Saturday, November 10, 2012

FENOMENA BUMI AKAN BERGELAP HUJUNG DISEMBER 2012 TIDAK BENAR


10/11/2012-04:58am
Assalam,,,
Apapun tak mustahil terjadi....
___________________________
Angkasa Nafi Laporan Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari
Sabtu November 10, 2012
Thick dust clouds block our night-time view of the Milky Way, creating what is sometimes called the Dark Rift.
Gambar hiasan
Ref:http://www.nasa.gov/topics/earth/features/2012-alignment.html
KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pada Jumaat menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.
Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini, Jumaat.
Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.
Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu.
Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F.
Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"," katanya. -BERNAMA
_______________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

2 comments:

Pokok Berbuah said...

macam-macam dh spekulasi org tntg hal ini...

pokokberbuah.blogspot.com

prog muten said...

nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/