Friday, November 30, 2012

JUREY LATIFF (PENGARAH LIBAS) REDHA .......

30/11/2012-09:29pm
Assalam...
Takdir.....ada sebabnya.......
________________________
Jurey Latiff Terkilan Kematian Anak Ulangi Tragedi Kemalangan Pakcik
Jumaat November 30, 2012 


Jurey reda menerima kematian anak lelakinya, Mohd Najmuddin dalam nahas jalan raya pada Isnin lalu


PETALING JAYA: Pengarah filem Libas, Jurey Latiff Rosli berkata kematian anak lelakinya dalam nahas jalan raya pada Isnin lalu mengimbau tragedi hitam yang pernah berlaku terhadap Allahyarham pakciknya kira-kira 26 tahun lalu.
Jurey berkata, kemalangan motosikal yang mengorbankan anak sulungnya Mohd Najmuddin, 16, seperti mengulangi kemalangan maut yang hampir serupa berlaku terhadap pakciknya.
"Saya reda dengan ketentuan Allah cuma saya terkilan dengan cara kematiannya akibat motosikal yang ditunggangnya. Ia mengingatkan saya pada tragedi serupa yang meragut nyawa pakcik yang paling rapat dengan saya pada 1986.
"Malah, saya namakan anak sulung bersempena nama arwah pakcik sebagai tanda mengingatinya tetapi tidak sangka pula mereka 'pergi' dengan cara yang sama," luahnya ketika dihubungi mStar Online di sini.
Dalam kejadian pada petang Isnin lalu, Mohd Najmuddin yang menunggang motosikal maut digilis sebuah lori ais dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Pandan Indah, dekat sini.
Allahyarham dilaporkan mati di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan dalam nahas pada pukul 3.30 petang itu.
Difahamkan, Allahyarham yang tinggal bersama neneknya di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi sejak kecil sedang dalam perjalanan bertemu rakan di Ampang Point ketika kejadian berlaku.
Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) itu berkata, kemalangan itu menunjukkan risiko lebih besar dihadapi penunggang motosikal terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Apa yang berlaku kepada anak saya menunjukkan risiko dan bahaya yang lebih besar terpaksa dihadapi penunggang motosikal berbanding kenderaan lain.
"Tambahan lagi, apabila berada di atas jalan dalam keadaan hujan lebat dan cuaca yang tidak menentu sekarang.
"Saya berharap penunggang-penunggang motosikal lain terutamanya golongan muda sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya," katanya.
Allahyarham yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikebumikan pada pagi Selasa lalu di Tanah Perkuburan Islam Sungai Besi, dekat sini.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/30/mstar_hiburan/20121130150655&sec=mstar_hiburan
_____________________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

1 comments:

krole said...

takziah dan al-fatihah kpd arwah dan keluarga~