Saturday, November 10, 2012

MAJLIS RESEPSI CHONG WEI DAN MEW CHOO MERIAH 2012


10/11/2012-06:50am
Assalam....
Tahniah....
______________________
Majlis Resepsi Chong Wei-Mew Choo Berlangsung Meriah
Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei bersama pasangannya, Datin Wong Mew Choo berarak masuk ke dalam dewan pada majlis perkahwinannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat. Foto THE STAR.
KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenaan menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir meraikan pasangan mempelai.
Chong Wei-Mew Choo bergambar bersama rakan-rakan mereka yang juga pemain badminton kebangsaan pada majlis resepsi mereka yang berlangsung pada Jumaat.
Terdahulu, pasangan pengantin turut menyampaikan hadiah istimewa, berupa raket badminton kepada tetamu diraja dan Perdana Menteri.
Nyata gelaran 'wedding of the year' memang sesuai dengan majlis Chong Wei-Mew Choo kerana majlis bermula dengan perarakan masuk pasangan mempelai ke dalam dewan dengan diiringi lagu romantik, 'Colors of The Wind' nyanyian Vanessa Williams.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Chong Wei segak dengan sut lengkap berwarna hitam sementara Mew Choo tampil jelita dengan gaun putih gading.
Hadirin turut disajikan dengan persembahan istimewa daripada bekas juara One In A Milion, Suki dan Man Bai.
Turut ditayangkan video majlis pendaftaran perkahwinan kedua mempelai yang diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat mereka.
Antara barisan Menteri Kabinet yang hadir termasuk, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pasangan mempelai memakai busana berbeza bagi upacara memotong kek.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong antara tetamu turut hadir.
Selesai makan beradab, upacara memotong kek setinggi enam tingkat dijalankan, kali ini pemain nombor satu dunia, Chong Wei tampil dengan busana berbeza dengan berpakaian sut biru sementara Mew Choo anggun dengan gaun merah.
Sementara itu, teman rapat Chong Wei, L.L Kong menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai cukup istimewa kerana temannya itu merupakan juara kebangaan negara.
"Tanpa usaha daripada kedua ibu bapa Chong Wei dia tidak akan dapat berada pada tahap ini.
"Justeru, kita perlu berterima kasih atas galakkan dan sokongan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya sehingga dia berjaya menjadi pemain nombor satu dunia lebih daripada 172 minggu," katanya.
Majlis resepi tersebut dapat disaksikan secara online di laman web, Tonton.com.my.
Malam esok, satu lagi majlis resepi yang akan diadakan di venue yang sama namun kali ini bagi meraikan atlet sukan dan rakan perniagaan mereka.
________________________________________EnD





visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

1 comments:

prog muten said...

nak kongsi sikit, jemput tengok blog saya,thankz
http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/