Assalam...
Harap Chef Riz dan Ana akan harmoni semula.....
________________________
Chef Wan Enggan Ulas Rumah Tangga Anak
Khamis November 1, 2012
PETALING JAYA: Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menganggap pihak media yang sentiasa memburu cerita panas mengenai rumah tangga anak dan menatunya diibaratkan seperti ikan piranha.
Kata Chef Wan, beliau tidak akan sesekali membuka pekung di dada selain telah mengarahkan anaknya Mohd Nadzri (Chef Riz) dan menantunya Ana Dahlia agar berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan yang boleh disalahertikan.
“Berdiam diri adalah cara terbaik dalam menghadapi isu ini kerana ia adalah urusan peribadi perkahwinan mereka, bukan urusan anda semua (pihak media)," katanya kepadamStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirimkan.
Chef Wan memberitahu, beliau juga tidak mengamalkan sikap menceritakan apa juga konflik dalaman keluarga kerana ia hanya akan mengundang fitnah dan spekulasi kepada khalayak yang tidak mengetahui perkara sebenar.
"Kenapa anda bertanya kepada saya dan bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa?
"Anda tahu yang anda tidak akan dapat apa-apa kenyataan daripada saya. Saya enggan memberikan apa-apa komen," tegasnya.
Bagaimanapun Chef Riz dalam akhbar Kosmo! pada Rabu mengaku rumah tangganya dengan Ana sedang bergolak dan dia berusaha untuk menyelamatkannya namun enggan mengulas lanjut.
___________________________________
Khabar angin mengenai konflik perkahwinan Chef Riz dan Ana mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila aktres itu dikatakan bersikap curang.
Dalam laporan mStar Online bertarikh 19 Oktober lalu, Ana menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dan menganggap tuduhan tersebut timbul kerana sikap iri hati pihak tertentu.
Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, bernikah dengan Chef Riz, 31, pada 11 Disember 2011.
Pada majlis pernikahan itu Ana menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 berserta sebentuk cicin.
Sebelum berkahwin dengan Chef Riz, Ana merupakan seorang janda.
_________________?>!!!!EnD
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment