Saturday, December 22, 2012

AMARAN GANGGUAN AIR DI WILAYAH PETALING DAN K.L (27- 29 DIS 2012)


22/12/2012- 02:28am
Assalam...
Harap sahabat2 semua sihat!
_______________________
Gangguan Air Di Wilayah Petaling & KL Pada 27 Hingga 29 Disember
Sabtu Disember 22, 2012
amgyver.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Wilayah Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan sementara bekalan air pada 27 hingga 29 Dis ini berikutan kerja penyelenggaraan oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
SYABAS dalam kenyataannya di sini berkata gangguan di Wilayah Petaling pada 27 Dis bermula dari 3 petang hingga 1 pagi keesokanya (28 Dis) berikutan kerja penggantian injap di Inlet Kolam Air Terminal, Jalan Kuchai Lama.
Kawasan yang terlibat ialah Taman Goodwood; Kuchai Business Park; Taman Lian Hoe; Taman Continental; Taman Indrahana; Taman Pagar Ruyong; Taman GembiraJalan Batalong, Jalan Rukun, Jalan Riang, Jalan Selesa, Jalan Sukacita, Jalan Jiran, Jalan Ramli, Jalan 1/128 dan Jalan 1/130.
Turut terlibat ialah Sekolah Menengah Sri Sentosa; Sekolah Rendah Sri Setia; KFC dan Pizza Hut; Institut Latihan Perindustrian; Ajinomoto; Nirvana, Jalan Sungai Besi; Petronas, Jalan Sungai Besi; Kampung Pakar, Sungai Besi; Pusat Hiburan Golden Sun; Kuchai Enterpreneurs Park - Jalan 1/116B hingga Jalan 10/116B; Taman Kuchai Maju; Taman Sungai Besi; Taman Salak Jaya.
Turut terjejas Taman Salak Selatan - Jalan Perkasa 120, Jalan Hang Tuah 16, Jalan Tuanku 14, keseluruhan Jalan Gempita, keseluruhan Jalan Cahaya, keseluruhan Jalan Bendahara, keseluruhan Jalan Laksamana, Sekolah Tunas Bakti, Tokong Jalan Sungai Besi, ISM Sungai Besi; Kampung Malaysia Tambahan - Jalan 1/141; Kampung Baru Salak Selatan - Jalan 35 -37; Salak South Garden; Perumahan Desa Petaling dan Kondominium Widuri Impian dan Pangsapuri Desa Puteri dan Jati Selatan.
Sementara itu, gangguan bekalan pada 28 Disember di Wilayah Kuala Lumpur bermula 9 malam hingga 5 pagi keesokannya berikutan kerja pengalihan paip bagi pelebaran Jalan Segambut dari Jambatan KTM hingga Jalan Mont Kiara.
Kawasan terlibat adalah Taman Sri Bintang, Segambut; Taman Bukit Sri Bintang, Segambut; Taman Sri Sinar, Segambut; Taman Prima Pelangi, Segambut; Segambut Dalam, kawasan Mont Kiara - Sunrise (Fasa 1 dan 2); kawasan Segambut Tengah; kawasan Segambut Bahagia; kawasan Taman SPPK Segambut; sepanjang Jalan Segambut; Taman Segambut; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni, Segambut; Jalan Kelapa Bulan; Jalan Kelapa Hijau; Jalan Kelapa; dan Taman Prima Impian, Segambut.
SYABAS menasihatkan pengguna di kawasan terlibat agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah dan bersabar sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip, PUSPEL,dan hantar ke 39222, untuk pertanyaan.Maklumat mengenai kawasan yang terlibat juga boleh diperoleh dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.-BERNAMA
____________________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

2 comments:

krole said...

ok r brader assoy...siap ada pmberitahuan g..kat tmpt krole ni..pergh! mengejut jew

Kak Mahh said...

kena stand-by air simpanan ni....nak basuh baju sekolah lagi.