Sunday, December 23, 2012

ANNE NGASRI (28) SAH ISTERI MOHD SUMALI REDUAN (40)


Anne Ngasri Sah Bergelar Isteri

 December 22, 2012



Dengan sekali lafaz, Nasriah Binti Hj. Ngasri atau dikenali sebagai Anne Ngasri, 28 telah bergelar isteri kepada Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan, 40 di sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor, tepat jam 11:08 pagi tadi. Mohd Sumali telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Hj Ngasri Bin Sain dengan mas kahwin RM 22.50 beserta hantaran berjumlah RM11 111.
Mohd Sumali yang mengenakan baju melayu lengkap bersongket menerima 5 dulang hantaran berupa set wangian Bvlgari, jam tangan berjenama Cerruti 1881, persalinan baju melayu, dan sebentuk cincin.
Manakala, Anne Ngasri yang anggun mengayakan busana berwarna putih krim menerima 5 dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan persalinan wanita.
Majlis pernikahan yang dihadiri oleh lebih 100 tetamu jemputan turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.
Mohd Sumali & Anne Ngasri dijadualkan akan mengadakan majlis persandingan pada 23 Disember 2012 (Ahad) di kediaman keluarga lelaki, Pontian, Johor.
More Photo Here:http://www.ohbulan.com/37-foto-hi-res-pernikahan-anne-ngasri-mohd-sumali/
source:http://www.ohbulan.com/anne-ngasri-sah-bergelar-isteri/
____________________________________EnD



visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: