Thursday, December 13, 2012

DATUK K KEMALANGAN DI NEW ZEALAND, SITI BATALKAN KONSERT DI BANJARMASIN

13/12/2012-05:29pm
Assalam..
Moga segalanya selamat....

_______________________
Datuk K Patah Bahu, Kemalangan Di New Zealand
Khamis Disember 13, 2012


Siti Nurhaliza bersama suaminya Khalid Mohamad Jiwa.
PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand pada Khamis.
Adik kepada ahli perniagaan tersebut iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand).
Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.
Siti memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.
“Saya terkejut dengan berita itu dan akan berangkat ke sana pada esok (Jumaat) bersama Siti dan seorang lagi rakan. Siti sekarang ini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert.
“Beliau terpaksa membatalkan konsert itu,” katanya kepada mStar Online ketika di hubungi di sini pada Khamis.
Zaiton berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.
Bagaimanapun Zaiton tidak mendapat gambaran jelas bagaimanakah kemalangan itu berlaku.
Sementara itu Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis terpaksa membatalkan persembahan tersebut.
Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.
“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/12/13/mstar_hiburan/20121213161148&sec=mstar_hiburan
__________________________EnD




visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

1 comments:

krole said...

harap beliau cpt smbuh amin~