Assalam.....
Ada cadangan lain...silalah bagi alamat kat ruangan komen aku...haha
___________________________
Harga Rendah, Pencinta Durian Berpesta Makan 'Raja Buah'
Isnin Disember 3, 2012
Peniaga, Cheah Kim Way, 32, menunjukkan durian yang paling digemari 'Musang King' di kedainya yang terletak di SS2 Petaling Jaya
PETALING JAYA: Pencinta durian pastinya bergembira dengan harga durian yang murah, manakala peniaga akan mengambil kesempatan memperoleh pendapatan tambahan semasa musim buah-buahan ini.
Pengurus Wai Fruits dan Warung Durian, Cheah Kim Wai, 32, berkata harga 'raja segala buah-buahan' masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya dan menunjukkan sambutan positif setakat ini.
"Durian Musang King masih menjadi pilihan nombor satu di kalangan penduduk tempatan dengan majoriti daripada mereka singgah makan di kedai pada waktu malam.
"Mereka boleh menikmati bufet durian dengan harga serendah RM9 dan makan seberapa banyak yang mereka mampu.
"Seorang bapa bersama anak perempuannya menjadi 'raja durian' apabila mereka berpesta dan mencatat rekod makan 21 biji durian sekali gus di kedai ini beberapa tahun lepas," katanya kepada The Star, Isnin.
Dia berkata majoriti durian ditanam di Pahang dan kedai durian di sana menyediakan pelbagai pilihan termasuk durian D-24, Raja Kunyit, Durian Tawa, Durian Tracka dan Durian Hor-Lor.
"Kami mempunyai kira-kira 20 jenis durian dan ia dijual laris seperti goreng pisang panas" katanya.
Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Akid, dari Myanmar, berkata kedainya menyaksikan peningkatan pelanggan terutama semasa hujung minggu.
"Walaupun jumlahnya adalah tinggi pada musim ini tetapi harga kekal stabil. Ramai pelanggan masih datang ke kedai saya," katanya.
Helmi Afizal, 30, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), berkata harga durian di sini adalah berpatutan, terutamanya sejak adanya gerai 'makan seberapa banyak durian'.
"Disebabkan kami masih bergelar pelajar, kami tidak boleh kerap datang ke sini. Mungkin jika harganya semakin murah, maka lebih ramai pelajar boleh datang dan menikmatinya," katanya.
Asnidar Hanim, dari Klang, berkata ini adalah kali pertama dia mencuba durian ini secara bufet.
"Ini kali pertama saya di sini dan saya datang dari Klang hanya untuk mencuba durian ini. RM15 setiap seorang agak berbaloi kerana isi duriannya benar-benar baik. Saya pasti akan datang kembali," katanya.
Sandra Mariana Soars, 39, berkata "Saya sukakan durian dan saya sentiasa akan ke 'Durian SS2' untuk menikmatinya. Harganya sangat berpatutan. Saya makan durian pada waktu tengahari, inilah makan tengah hari saya. Saya pernah datang ke sini dua kali seminggu, tetapi kini biasanya saya datang dalam tempoh sebulan sekali, " katanya.
http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2012/12/3/mstar_mingguan/20121203230004&sec=mstar_mingguan
_____________________________________________EnD
read more:http://encikbell.blogspot.com/
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment