Wednesday, March 6, 2013

GAMBAR MAYAT PENCEROBOH SULU YANG DITEMUI.....


05/03/2013-06:34pm
Assalam...
Kenapa perlu jadi begini....doa buat perwira negara yang mendukung tugas ke sana...
Al Fatihah buat umat Islam yang terkorban....
_____________________
Pasukan Keselamatan Temui Kubur Tempatkan Mayat Penceroboh
Ahmad Zahid (kiri) menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam satu operasi, pada sidang media di Lahad Datu, Rabu. Turut serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah).
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia membongkar sebuah kubur besar yang menempatkan sembilan mayat penceroboh di Kampung Tanduo di sini.
Gambar-gambar mayat dan operasi berterusan yang dikendalikan di tempat kejadian dipaparkan oleh Menteri Pertahanan pada Rabu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan bersenjata negara berjaya merampas senjata-senjata semasa operasi tersebut.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam satu operasi, pada sidang media di Lahad Datu, Rabu
“Ini membuktikan, mayat yang kami peroleh dikumpulkan dan kami dalam proses untuk mengumpulkan lebih banyak mayat,” katanya pada sidang media secara langsung di TV3 di Felda Sahabat di sini.
Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa 13 mayat dijumpai semasa operasi itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada anggota keselamatan Malaysia yang cedera dalam operasi berkenaan.
“Kami menjalankan bedah siasat sepenuhnya terhadap mayat bagi mengenal pasti bagaimana mereka mati,” katanya.
Kedua-dua menteri itu turut menunjukkan gambar-gambar senjata yang dirampas di tempat kejadian dan mayat seorang lelaki bersenjata yang ditembak dan mati pada pukul 6.45 pagi
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/6/mstar_berita/20130306172647&sec=mstar_berita
________________________________EnD

 

0 comments: