Sunday, March 10, 2013

TAN SRI JINS SHAMSUDIN HAMPIR LUPA SEPENUHNYA

10/03/2013-10:40am
Assalam...
Hidup...beginilah...agar aku dijauhkan penyakit begini,
semuga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik buat Tan Sri...
__________________________
Jins Shamsuddin Hanya Ingat Kerja - Isteri
Ahad Mac 10, 2013


Halijah (kiri), Rais Yatim dan Isteri dan Jins Shamsuddin sedang berbual dan bertanya khabar.
HULU KLANG: Biarpun mengalami penyakit alzheimer sejak dua tahun lalu, seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin, 78, tetap ingat dan memikirkan tentang kerja.
Isterinya, Puan Sri Halijah Abdullah, 52, memberitahu suaminya sukar mengingati perkara-perkara lalu namun tidak pernah berhenti daripada memikirkan soal pekerjaannya.
"Dia sudah tidak ingat orang, kadang-kadang dirinya sendiri di televisyen pun dia tidak kenal. Keadaan ingatan dia semakin lama semakin serius.
"Tapi setiap hari dia akan bercakap tentang kerja dan ingin ke Finas untuk bekerja, jika kita bawa dia bercuti pun dia akan suruh balik awal sebab ada urusan kerja katanya," ujar Halijah.
Jins Shamsuddin
Halijah ditemui di kediamannya selepas majlis penyampaian sumbangan dan ziarah Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim, di sini, pada Sabtu.
Disebabkan itu, kata Halijah, dia terpaksa mengelak dari melintasi kawasan Finas kerana tidak mahu suaminya mengingati soal kerja.
Katanya, doktor menasihatkan agar sentiasa berkomunikasi dan melakukan senaman ringan agar penyakit tersebut tidak terlalu parah.
"Tidak ada ubat yang boleh memulihkan ingatnya seperti dahulu, doktor menasihatkan agar jangan beri dia fikir tentang kerja kerana boleh menjadikan ingatan lebih teruk.
"Kalau boleh kita perlu kerap berkomunikasi dengannya tentang perkara harian, tapi masalahnya dia seorang yang sukar diajak berborak sejak dari dulu lagi.
"Dia seorang yang tidak banyak cakap dan hanya membaca buku," katanya.
Tambah Halijah, dia bersyukur kerana suaminya tidak menghidap penyakit lain yang boleh memburukkan keadaan.
Dalam pada itu, Halijah memberitahu punca utama suaminya menghidap alzheimer adalah terlalu banyak berfikir pada usia muda dan ketika mengambil mengikuti program Doktor Falsafah (PhD).
"Dia banyak sangat berfikir dan bekerja, sebagai manusia kita ada batas bekerja dan bercuti tapi dia tidak.
"Lebih teruk lagi selepas dia mengambil PhD, sepatutnya tiga tahun tetapi dia buat jangka pendek selama setahun sahaja mungkin itu beri kesan kepada fikirannya kini," katanya.
Bagaimanapun, jelas Halijah gelagat pelupa suaminya kadang kala mencuit hati dan menghilangkan tekanan ketika menjagannya.
"Kadang kala mencuit hati dan perkara itu juga mengurangkan tekanan menjaganya," jelasnya.
Halijah turut sudah bersedia menerima hakikat bahawa suaminya akan hilang ingatan sepenuhnya satu hari nanti.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/3/10/mstar_hiburan/20130309150730&sec=mstar_hiburan
___________________________________EnD

 

0 comments: