Saturday, May 4, 2013

SELANGOR DIISYTIHAR CUTI ISNIN 6 MAY 2013

04/05/2013-10:59am
Assalam...
Selamat mengundi...
_________________
Selangor Isytihar 6 Mei Cuti Umum
Sabtu Mei 4, 2013


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor mengisytiharkan Isnin ini sebagai cuti umum di negeri itu.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi keselesaan kepada pengundi yang akan membuang undi pada Ahd, 5 Mei ini.
Beliau berkata cuti umum berkenaan dapat membantu rakyat Selangor menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Deklarasi berkenaan termaktub dalam perenggan 9 Akta Hari Kelepasan 1951, yang menyatakan kerajaan negeri boleh mengisytiharkan satu hari daripada tahun berkenaan sebagai cuti umum, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berharap dengan cuti umum yang diberikan itu dapat memberi peluang kepada pengundi untuk pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi dan mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang bekerja pada keesokan harinya.
"Kita doakan semua pengundi akan selamat tiba di destinasi mereka serta dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia," katanya.
_____________________________________EnD

1 comments:

Abu Luqman said...

salm singgah BRo jgn Lupa..PR pada 5 may