Tuesday, May 7, 2013

SELEPAS PRU13- SAYA TAKKAN LUPAKAN SIAPA YANG MENIKAM SAYA DARI BELAKANG- MOHD ALI

07/05/2013-11:33pm
Assalam.....
Selepas pilihanraya....pelik juga jika pihak yang kita anggap pro nie pun payah menerima kekalahan....sapalahlah yang dibantu, pastu kaya dan lupa pada Mohd Ali nie...rakyat ker !?
Apapun itulah demokrasikan....tak perlu terhutang budi, dema tolong ikhlaskan .....

_____________________
Saya Tidak Akan Lupakan Mereka Yang Mengkhianati Saya - Mohd Ali
Selasa Mei 7, 2013


Datuk Seri Mohd Ali Rustam
MELAKA: Datuk Mohd Ali Rustam yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melahirkan rasa kekecewaan berhubung kekalahannya berkata beliau tidak akan melupakan siapa yang 'menikamnya dari belakang'.
"Saya sangat kecewa apabila mereka yang saya bantu dengan memberikan peluang perniagaan serta menjaga kebajikan mereka mensabotaj saya," kata bekas Ketua Menteri Melaka ini.
Mohd Ali berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat terima apabila rakan yang telah lama bersahabat dengannya memungkiri janji mereka.
Selama 12 tahun menjadi Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali berkata beliau telah membantu pengundi terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk program masing-masing.
"Berdasarkan keputusan pilihan raya, saya mendapati ada kawasan yang pernah saya bantu sebelum ini mengkhianati saya. Saya sangat sedih," katanya.
______________________________EnD

 

0 comments: