Saturday, July 20, 2013

HUJAN BONGKAH BATU DI PASIR GUDANG, LETUPAN KUARI MELAYANGKAN BONGKAH BATU HAMPIR 1KM (VIDEO)

20/07/2013-12:17pm

Assalam....
Di mana silapnya nie.....bagaimana ia boleh berlaku hinga menggugat keselamatan awam..

_______________________

Hujan bongkah batu

2013/07/20 

Foto
Seorang maut, 10 cedera kena ledakan batu letupan kuari.

Pasir Gudang: Seorang pekerja kilang maut, manakala 10 lagi cedera akibat 'hujan' bongkahan batu yang terpelanting akibat kerja meletup batuan sebuah kuari di Jalan Bukit 2, Bandar Seri Alam di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengahari di kuari Wat Kuari Sdn Bhd, letupan kuat menyebabkan bongkahan dan serpihan batu terpelanting mencapai kira-kira satu kilometer radius sehingga merosakkan 14 kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Ringan MIEL, kira-kira 500 meter dari situ. 
Kejadian itu juga turut menyebabkan sekurang-kurangnya 18 kenderaan yang diletakkan di sekitar kawasan terbabit rosak teruk akibat dihempap bongkahan batu. 
Foto
LOKASI kejadian letupan yang berlaku di Jalan Bukit 1 Bandar Seri Alam, Johor Bahru.



Mangsa yang terbunuh, seorang pekerja warga Nepal berusia 30 tahun mati serta selepas dipercayai dihempap bongkahan batu sebesar pemeluk.


more info here:http://alamcyber.blogspot.com/2013/07/gempar-hujan-bongkah-batu-di-pasir.html
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 1.14 tengah hari yang memaklunkan bahawa sebuah stesen pembahagi tenaga elektrik meletup.

  • Foto
    Seorang maut, 10 cedera kena ledakan batu letupan kuari.

  • Foto
    Seorang maut, 10 cedera kena ledakan batu letupan kuari.

"Seramai 37 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dan Johor Jaya dikejarkan ke kawasan. Namun ketika tiba di sini, letupan sebenarnya berpunca daripada kegiatan meletupkan batu kuari terletak kira-kira 500 meter daripada kawasan industri.

  • Foto
    Seorang maut, 10 cedera kena ledakan batu letupan kuari.

"Kami dapati, kawasan ini dipenuhi dengan bongkahan dan serpihan batu bertaburan sekitar atas jalan raya dan sekitar dalam kawasan kilang di situ. 
"Insiden ini menyebabkan seorang pekerja Nepal mati di tempat kejadian akibat terkena batu, manakala 10 lagi mendapat kecederaan tetapi sudah dikejarkan untuk rawatan kecemasan," katanya selepas mengetuai operasi mencari dan menyelamat di kawasan terbabit.
Foto

Mohd Rizal berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua mangsa yang cedera adalah pekerja daripada kilang berdekatan dan pihaknya masih membuat siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

"Siasatan selanjutnya juga akan dilakukan polis kerana kejadian ini mempunyai hubung kait dengan penggunaan bahan letupan. Bagaimanapun, JBPM mengesahkan keadaan persekitaran di kawasan kuari ini adalah selamat," katanya.

_________________________EnD

2 comments:

el said...

Allahuakbar..ritu kt spore kena teruk hujan batu ni

ASSOYFINGER67 said...

hujan batu kan bagus,kalau dibagi hujan emas lagi susah nak kira...(pepatah)