Tuesday, July 30, 2013

RTM HIDANG 70 PROGRAM MENARIK SEMPENA SYAWAL 1434H

30/07/2013-05:07am
Assalam...
Lupakan fasal politik.....RTM tak dinafikan mengiringi setiap harirayaku sejak dari aku kecil....jangan nafikannya...haha

_______________________
RTM Hidang 70 Program Menarik Sempena Syawal
Selasa Julai 30, 2013


Suhaimi memberitahu RTM turut menerbitkan program sendiri yang akan disiarkan menerusi TV1, TV2, TVi dan stesen Radio RTM.
PETALING JAYA: RTM menyediakan 70 rancangan menarik bertemakan 'Raya Kita' bersempena kedatangan Aidilfitri yang bakal disambut pada Ogos ini.
Pengarah Bahagian Program TV, Suhaimi Jamalin berkata, susunan rancangan itu termasuklah 35 jam tayangan program-program penerbitan dalaman RTM yang akan disiarkan menerusi TV1, TV2, TVi dan stesen Radio RTM.
"Tema 'Raya Kita' yang dipilih bukan sahaja ingin memfokuskan kepada program-program berbentuk hiburan sahaja tetapi turut menampilkan rancangan yang mempunyai nilai murni, keagamaan serta budaya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia," jelasnya kepada mStar Online.
Program raya TV1 dengan slogan ‘Warnai Aidilfitri’ dimulakan dengan siaran langsung Gema Takbir, hiburan Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada malam raya diikuti siaran langsung Solat Sunat Aidilfitri dari Masjid Negara pada keesokannya.
Filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin akan ditayangkan pada hari raya pertama pada pukul 10.30 malam di TV2.
Rancangan lain ialah Bicawara Khas Raya: Forum Perdana Ehwal Islam, tujuh telefilem, lapan muzikal dan lima program retro.
Sementara itu, TV2 dengan slogan ‘Riuh Raya’ pula menampilkan pelbagai filem hebat termasuk Papadom, Selamat Pagi Cinta, Ombak Rindu, Bunohan, Ratu The Movie, Karipap-Karipap Cinta, Tentang Bulan dan Persona Non Grata.
Empat drama menarik turut disajikan iaitu, Murai Pak Murad, Barakah, 4 Beradik dan Bapa-Bapa Aidilfitri serta rancangan hiburan Akustika Syawal, Konsert Sanggar Lebaran Siti Nurhaliza, Candawara Raya : Yang Luar Biasa dan dua muzikal kanak-kanak, Juara Raya dan 1 Bulan 3 Bintang.
TVi (Saluran 180 Astro) dengan tagline ‘Syawal Di Hati’ bakal menyiarkan program interaktif empat radio RTM iaitu iNasional, KL Aktif iBagus Bah dan Sarawak Aktif.
Sebanyak 14 telefilem Khas Syawal turut ditayangkan menerusi slot Wayang-i termasuk Untung Atas Angin, Bahulu Celup, Hijabista Kampung, Man Jenggo, Rembau Ada Wifi?, Tukang Jahit Tak Raya dan Tutty Polka Dot.
____________________________________EnD


0 comments: