Sunday, August 4, 2013

TIGA TERKORBAN TERMASUK DUA ANAK PENGASAS PRODUK KECANTIKAN VIDA BEAUTY DALAM KEBAKARAN DI MERU HILL, IPOH

04/08/2013-07:05am

Assalam.....terkejut juga bila membaca berita nie...ketika nak menyambut Syawal pulak tu..
Apapun takziah buat Dato DRr Vida dan keluarga...

_____________________

Tiga maut dalam kebakaran


ANGGOTA-anggota bomba memadamkan kebakaran rumah jutawan kosmetik, Vida Beauty yang mengorbankan tiga orang dalam kejadian di Meru Hill, Bandar Meru Raya, Ipoh, malam tadi.
IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.
Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
RUMAH dua tingkat milik pengasas produk kecantikan Vida Beauty yang dijadikan kediaman pekerja musnah terbakar mengakibatkan dua kanak-kanak lelaki dipercayai anak pengasas produk kecantikan berkenaan dan seorang pekerja lelaki maut di Meru Hills dekat Ipoh, awal pagi tadi. - Foto Muhaizan Yahya
Aug 4, 2013 4:28 am

Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.
 Pengasas Produk Vida Beauty Dato DRr Vida
“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.
Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.

Artikel berita/gambar (atas) dari:http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130804/dn_16/Tiga-maut-dalam-kebakaran
____________________________EnD