Sunday, September 29, 2013

ERA RAGUT...BEG TANGAN SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI, SANGGUPKAH WANITA MENINGGALKAN TREND BEGINI?

29/09/2013-12:39pm
Assalam....
Rasanya cara penyelesaian ragut adalah mengelakkan dari membawa beg tangan yang berjuntai2..haha...sungguh logik tapi sanggupkah wanita meninggalkan trend ini!? Adakah memakai beg tangan akan jadi amalan kuno nanti..haha..susah nak cakap nanti diaorang benci lelaki..huhu

________________________
Sudahlah...Beg Tangan Tidak Relevan Lagi Pada Era Ragut Ini...
 Khamis September 19,2013


Go Hong Chen menunjukkan tempat kejadian di mana anak perempuannya Lee Kun (gambar kecil) terjatuh.
BEBERAPA minggu yang lalu apabila penulis mendapat khabar yang rakan sepejabat menjadi mangsa ragut ketika keretanya sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran pejabat, langkah pertama yang penulis lakukan ialah mengharamkan isteri membawa beg tangan.
Nampaknya walaupun berada di dalam kereta, beg tangan wanita kini tidak lagi selamat.
Peragut berhenti di sebelah kereta lalu menghentam cermin kereta sekuat hatinya menggunakan sama ada helmet atau tukul besi dan merampas beg tangan walaupun ia diletakkan di bawah tempat kaki.
Lee Kun ketika berada dalam keadaan koma.
Mereka tahu, dalam keadaan itu mangsa akan panik dan tidak dapat berbuat apa-apa apatah lagi jika dia terus melarikan diri dengan motosikal.
Macamana hendak mengejarnya kalau di hadapan kereta mangsa ada kereta lain yang berhenti di kala lampu isyarat masih merah.
Sejak itu, boleh dikatakan saban hari penulis terpaksa membebel kepada isteri agar tidak lagi keluar rumah membawa tas atau beg tangan.
gambar hiasan
Kata penulis, era sekarang membawa tas atau beg tangan seumpama menempah maut di tepi jalan.
Tetapi nampaknya bebelan itu tidak membawa kesan yang bermakna kerana selepas seketika penulis lihat dia masih bergayut dengan beg tangan ketika keluar rumah.
Malah isteri penulis berhujah; "Tak ada duit pun dalam beg tangan ni."
Tetapi penulis kembali menjawab; "Peragut tu tahu ke ada duit ke tidak di dalam beg you tu? Yang dia tahu dia nak ragut...you nak pentingkan beg tu ke atau nyawa."
Memang susah sungguh wanita hendak memisahkan diri mereka dengan beg tangan. Ia telah menjadi budaya dan sebahagian daripada gaya hidup mereka.
Tetapi apa yang berlaku kepada seorang wanita berusia 27 tahun yang disiarkan di dalam akhbar baru-baru ini nampaknya telah berjaya 'menjinakkan' isteri penulis dan 'menakutkannya' sedikit agar tidak lagi membawa beg tangan bila hendak keluar rumah.
Zaman sekarang adalah zaman ragut. Nyawa boleh melayang hanya kerana beg tangan diragut. Dan kebanyakkan mangsa tidak menyedari pun yang mereka bakal menjadi mangsa ragut kerana peragut biasanya akan menyerang dari belakang mangsa dengan menggunakan motosikal.
Ragutan mereka itu akan menyebabkan mangsa yang tidak bersedia dan tidak sedar jatuh tersungkur di atas jalan konkrit yang sekaligus boleh menyebabkan kecederaan kepala yang serius dan membawa maut.
Sesungguhnya ini tidak sama sekali berbaloi apatah lagi jika di dalam beg berkenaan tidak memiliki jumlah wang yang seberapa pun tetapi sekali lagi, peragut itu tidak peduli kerana mereka tidak tahu apa yang terkandung di dalam beg tangan berkenaan.
Bagi mereka, semua beg tangan wanita sama ada penuh dengan wang atau barang kemas.
Inilah yang telah berlaku kepada Lee Kun, seorang mangsa ragutan berusia 27 tahun yang penulis sebutkan tadi yang akhirnya meninggal dunia selepas kurang lebih seminggu berada di dalam koma.
Dia menjadi mangsa ketika sedang berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan di Sri Manja Court, Petaling Jaya pada jam 8 malam Khamis lepas.
Motosikal yang dinaiki oleh peragut berkenaan dipandu laju dan tindakan mereka merampas beg tangan yang dibimbitnya begitu kuat sehinggakan dia tersungkur di atas bahu jalan yang menyebabkan kepalanya tercedera dan matanya lebam teruk.
Kisah yang menimpa Lee Kun sangat menyayat hati kerana dia sepatutnya menjadi pengapit kepada kakaknya yang akan melangsungkan perkahwinan Disember nanti.
Kini segala-galanya hancur berkecai dan hanya tinggal kenang-kenangan buat ahli keluarganya.
Peragut ini tidak langsung mengambil kira keperitan yang telah mereka tinggalkan ke atas mangsa dan keluarga mangsa kerana mereka hanya mahukan hasil daripada perbuatan curi mereka.
Kemudian, akhbar Kosmo (19 Sept) juga melaporkan seorang warga emas berusia 70 tahun turut meninggal dunia selepas berada di dalam koma akibat tersungkur dan kepalanya terhentak pada konkrit jalan selepas menjadi mangsa ragut di Jalan Gajah Berang, Melaka.
Berbaloikah wanita hari ini keluar rumah dengan beg tangan?
Jawapannya ialah tidak berbaloi kerana nyawa lebih berharga daripada gaya dan gaya ini kini sudah menjadi ancaman besar kepada nyawa para wanita di negara kita.
______________________________EnD

0 comments: