25/09/2013- 10:44am
Assalam....
Manusia serig lupa dan memandang hina kepada insan yang lain..kalau tak, takkan jadi macam kes begini...apapun tak kesian ke suami susah payah kerja dan sebagai isteri sesenang jer nak porak perandakan kariernyer...apapun janganlah guna bahasa2 kelas bawahan dalam memaki hamun...Dayus dalam agama adalah antara perkataan yang terhina ...so..jangan suka2 guna perkataan tu. Baik buat maaf terbuka, orang akan pandang anda orang yang mulia...apapun harap pakcik bersabar dan pakcik memang lelaki!
___________________
Isteri Mat Yo buat kecoh
2013/09/25
Rakaman berdurasi 54 saat itu, turut menampakkan wajah Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali Mat Yo, yang menyaksikan ‘perang mulut’ antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Insiden itu berlaku pada jam 11.42 pagi, 12 September lalu.
Berikutan insiden berkenaan, kedua-dua pihak membuat laporan polis.
Enggan mengulas
Mat Yo ketika dihubungi, malam tadi, enggan mengulas insiden berkenaan dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pula mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam.
Sementara itu, Azman mendakwa ketika dia sedang mengawasi lalu lintas di kawasan berkenaan, sebuah Mini Cooper putih berhenti di tempat letak teksi.
_______________________________
Kesopanan gadis Melayu (Muslim)..jangan dicemarkan...comeltak Kak Ton!!!!
Isteri NorShahrul ni seorang pramugari,isteri pemain bola. Namanya Siti Aisya Adam
Isya Adam
Pic source:http://jejariruncing.blogspot.com
Lihat video disini:
___________________________________________________
Azman mendakwa penumpang kereta itu meminta kebenaran untuk berhenti seketika dengan alasan mahu membeli tiket.
Bagaimanapun, selepas hampir 10 minit, kenderaan yang dipandu Mat Yo tidak beredar menyebabkan Azman meminta pasangan itu beredar.
“Saya minta mereka beredar ke tempat letak kenderaan awam jika mahu berhenti lebih lama supaya tidak mengganggu lalu lintas.
“Tindakan saya mengundang rasa tidak puas hati wanita itu (isteri Mat Yo) yang mempertikaikan tindakan saya, selain mendakwa mereka kerabat diraja dan suaminya bekerja dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ).
“Selepas berulang kali meminta mereka beredar, wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi dengan mengatakan saya bodoh dan dayus, selain merakam (menggunakan telefon) dari dalam keretanya,” katanya yang ditemui di Skypark, LTSAAS, semalam.
Elak gambar dirakam
Berikutan itu, Azman menghampiri kereta pasangan berkenaan untuk menghalang wajahnya daripada terus dirakam sebelum wanita terbabit menaikkan cermin kereta.
Katanya, kejadian itu diperhatikan Mat Yo yang keluar dari kereta ketika isterinya melemparkan kata-kata kesat.
“Mungkin kerana melihat tindakan saya menakutkan isterinya, Mat Yo menolak saya beberapa kali sebelum isterinya keluar dari kereta dan menendang celah kangkang hingga menyebabkan saya cedera,” katanya.

_____________________________EnD
0 comments:
Post a Comment