Sunday, October 6, 2013

LAPORAN AUDIT NEGARA BAGI TAHUN 2012, BANYAK PEMBAZIRAN?

06/10/2013-11:01am

Assalam....

Aku tahu aku siapa....tak dapat menahan harga2 barang dari naik...gajiku tak berapa besar...boroskah aku jika gajiku tak berapa mencukupi..boroskah aku atau boroskah negaraku....salahkah aku boros (barang memang takde yang murah dah) dalam negaraku yang juga boros, apapun tak salah kita ambil tahu perbelanjaan negara kita. 

____________________

Menangis setiap kali baca laporan audit

Harakahdaily,04 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan segala macam perbelanjaan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal ternyata memberikan kesan kepada emosi rakyat.

Dalam satu surat pembaca yang dihantar kepada Harakahdaily, Ahmad Nazri Khamis mahu berkongsi rasa sedih tersebut dengan membandingkan ketirisan dan keborosan kerajaan dengan realiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau pernah berdepan dengan beberapa situasi sukar ekoran kekangan kewangan dan menyifatkannya sebagai perkara biasa yang sering dilalui golongan rakyat bawahan.

"Apakah Pak Menteri sedar, sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi kereta kena tunda sebab kehabisan minyak, beli minyak RON95 dengan duit syiling, beli susu anak dengan berhutang, tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan.
__________________________________

Review Laporan Audit Negara Bagi Tahun 2012.

WEDNESDAY, OCTOBER 2, 20133

1. RTM beli jam yang mencecah harga 3,810 sebijik dalam 20 biji. Menurut laporan audit, harga jam tue sepatutnya rm100 aje pun sebuah.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/review-laporan-audit-negara-bagi-tahun.html#ixzz2gpM2gAoX

_________________________________

"Aku juga pernah makan makanan hampir basi kerana kelaparan, berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak, tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan, bekalan air kena potong sebab bil tertangguh dan pinjam telepon kawan kerana tiada top-up.

"Apakah pak-pak menteri sedar? Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan," katanya.

Menurut beliau, walaupun kerja "macam mahu mati", pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Lebih menyedihkan katanya, setiap kali membaca laporan audit yang didedahkan, ketirisan dan keborosan dalam pentadbiran kerajaan mencecah jutaan ringgit.

Sedangkan katanya, wang itu jika diguna untuk bembantu rakyat tentu sekali dapat meringankan beban rakyat kebanyakan.

"Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiap kali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka.

"Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku”. Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?

"Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa," rintihnya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22518-menangis-setiap-kali-baca-laporan-audit
____________________________________EnD


0 comments: