Friday, May 1, 2015

ELLA BAKAL ADAKAN PERSEMBAHAN DI LONDON / LAGU SINGLE TERBARU ELLA-ISTIMEWAH

01/05/2015-02:25pm

Assalam...
Aku memang suka minat pada lagu2nya
Standing in the eyes of the world

___________________________________

Ella Adakan Persembahan Di London

1 Mei 2015 4:30 AM


Ella muncul dengan single lagu baharu, Istimewah
PETALING JAYA: Penyanyi Ella bakal mengadakan persembahan di London, England, khas buat peminat-peminat Malaysia di negara itu pada akhir bulan ini.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 48, berkata, dia akan mengadakan persembahan akustik bersempena dengan kemunculan single lagu baharunya, Istimewah.

"Sebenarnya, tujuan saya ke London adalah untuk penggambaran klip video single baru saya, Istimewah dan sebuah lagi lagu baharu ciptaan Omar K di mana saya akan berada di sana bermula 20 Mei ini.
"Alang-alang, saya mengambil kesempatan itu untuk menghiburkan peminat-peminat Malaysia di London dan pada masa sama mempromosikan Istimewah," katanya.

Ella ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu berjudul Istimewah di Hotel Royale Chulan Damansara di sini pada Khamis.

Ella dedah rahsia kecantikan menerusi produk Lameya.

Mengenai Istimewah, ia dicipta sepenuhnya oleh Sam (Bunkface) dan akan dimuatkan ke dalam album baharu yang akan dilancarkan pada Jun depan.

Kata Ella, Istimewah merupakan kombinasi daripada dua perkataan iaitu istimewa dan mewah, yang menceritakan penghargaan dan pujian terhadap orang yang disayanginya iaitu keluarga, rakan-rakan dan para peminat.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan laguRama-Rama itu berkata, dia juga bakal melancarkan produk kecantikan jenama Lameya pada pertengahan Mei ini.

"Dulu, saya sering mengamalkan pemakanan mengikut petua-petua nenek dan moyang saya untuk kekal sihat dan cantik.

"Memandangkan ramai yang sering bertanya apakah yang sering saya lakukan bagi menjaga kesihatan dan kecantikan, maka saya hasilkan Lameya yang mengandungi campuran buah delima, madu, minyak zaitun, buah tin, kolagen dan ekstrak vitamin C.

"Alhamdulillah, walaupun belum dilancarkan, ia mendapat sambutan yang sangat baik menerusi jualan online," ujarnya.

Tambah Ella, produk tersebut akan dipasarkan di Indonesia, Singapura, Brunei dan China tidak lama lagi.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/01/ella/
___________________________EnD

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)